Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Ayam sambal bali merupakan sebuah hidangan yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu. Ianya dikatakan lebih kurang seperti ayam kicap pedas madu karipoley, cuma ia tidak diletakkan madu dan dilebihkan serai.

Antara tips yang dapat dikongsikan ialah jangan makan terus selepas menu ini dimasak. Biarkan sebentar selama lebih kurang setengah jam sebelum dimakan. Untuk lebih enak, makan keesokan harinya.

Ayam Sambal Bali

Kredit foto: Yanie Ahmad (Gambar menggunakan resepi di bawah)

Bahan-bahan:

  • Ayam (1 ekor) - dipotong 14
  • Kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Serai (2 batang) - diketuk
  • Daun kari (3 tangkai)
  • CIli kering (7 tangkai) - dikisar bersama air panas
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Belacan  (sedikit)
  • Gula
  • Kicap manis (1/4 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan.
  3. Goreng ayam dengan minyak suku kuali. Goreng sehingga hampir garing.
  4. Keluarkan ayam dari kuali. Dengan minyak yang sama, goreng serai dan daun kari sehingga layu.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan cili kisar. Tumis sehingga garing.
  6. Masukkan kicap manis.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sehingga hampir kering.
  8. Masukkan ayam tadi dan gaul sehingga rata.
  9. Biarkan lebih kurang 10 minit dan siap untuk dihidang.

ayam masak bali 1

Kredit foto: Suraya Mat Zin (Gambar menggunakan resepi di atas)

ayam sambal bali 3

Kredit foto: Masri Mdnordin (Gambar menggunakan resepi di atas)

ayam masak bali 3

Kredit foto: Zulhilmi Rosli (Gambar menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Aisha Shukor Mohd Fairuz [12]

2. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)