Sambal ayam daun kari merupakan sebuah menu kegemaran ramai selain sambal ikan daun kari. Anda dicadangkan untuk memakan lauk ini sahaja bersama nasi putih tanpa perlu dicampurkan dengan lauk lain seperti kuah atau sup. Jika tidak, kurang rasa kicknya tu.
Selain itu, kentang juga boleh dicampurkan sekali jika anda menggemarinya. Untuk mendapatkan sambal yang enak, anda perlulah memasaknya sehingga naik minyak.
Gabungan bau sambal dan daun kari tersebut memang menyengat. Anda juga boleh mencuba untuk membuat sambal tongkeng ayam untuk mendapatkan kelainan rasa yang hebat.
Hidangan ini juga boleh dimasak dengan dimasukkan dalam ketuhar sahaja untuk menjadikannya garing. Kemudian, masak sambal di atas dapur dan masukkan ayam. Dengan cara ini, ayam akan menjadi lebih rangup.
Sambal Ayam Daun Kari
Bahan-bahan A:
- Cili kering
- Halia
- Bawang putih
- Bawang besar
Bahan-bahan B:
- Ayam
- Sos cili
- Sos tomato
- Kicap pekat (sedikit)
- Gula
- Garam
- Daun kari
- Sotong
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan A.
2. Goreng ayam sehingga hampir garing. Ketepikan.
3. Tumiskan daun kari sehingga wangi. Kemudian, masukkan bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cli, sos tomato dan kicap.
5. Tambah gula dan garam secukup rasa.
6. Apabila hampir pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan siap untuk dihidang.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber: