Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Atas faktor rasa dan khasiat yang dimiliki oleh madu, ia sesuai digunakan bersama ayam panggang. Malah, ia turut membuatkan warna ayam panggang bertambah cantik. 

Namun begitu, terdapat pelbagai jenis madu yang agak cair. Maka, memasak bahan perapan terlebih dahulu lebih senang disapu. Namun, jangan sehingga minyak dari mentega terasing dari bahan yang lain.

Anda hendaklah menggoreng sayur-sayuran yang lambat empuk terlebih dahulu supaya anda tidak perlu memikirkannya lagi ketika membakar ayam. Dengan cara ini, 100% konsentrasi hanya perlu ditumpukan kepada ayam sahaja.

Terdapat pelbagai sayuran yang sesuai digunakan seperti lada benggala, jenis timun, jenis ubi, kekacang dan lain-lain. Anda perlu tumis (saute) dahulu bahan yang lambat empuk.

Honey Roasted Chicken (Ayam Panggang Madu)

  

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong 16)
  • Halia (1 inci)
  • Bawang putih (10 ulas)
  • Telur (1 biji)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Lada hitam
  • Madu (3-4 sudu besar)
  • Garam
  • Kicap (sedikit)
  • Daun sup/daun bawang - dihiris

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas, masukkan ayam dan gaul sebati.
  2. Perapkan ayam tadi selama 1 jam.
  3. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 200'c.
  4. Apabila ayam telah siap dibakar, boleh taburkan daun sup dan siap untuk dihidang.

honey roasted chicken 1

Kredit foto: Joha Hassan II‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

honey roasted chicken 2

Kredit foto: Azzeeya Abrahim‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

honey roasted chicken 3

Kredit foto: Salwa Adam (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Gaithri Cheran‎ [1, 2]

2. Resepi Masakan Komersial Percuma (westernfood.yolasite.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)