Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Asam pedas merupakan sebuah hidangan terkenal terutamanya asam pedas ikan. Namun, asam pedas ayam dan daging juga tidak kurang enaknya. Konsep dan asas masakan untuk kesemua jenis asam pedas ini adalah sama.

Nama asam pedas sebenarnya dipanggil di sebelah selatan, manakala penduduk utara pula memanggilnya sebagai asam tumis. Terdapat beberapa jenis asam pedas iaitu pekat (perlu tumis) dan cair (rebus naik sahaja dan tidak perlu tumis).

Kebiasaannya, asam pedas utara hanya dibuat untuk ikan sahaja kerana ia cair seperti singgang. Untuk ayamnya pula, terpulang kepada anda sama ada untuk menggorengnya atau tidak.

Asam Pedas Ayam 

Kredit foto: Love Norra Make Up (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Ayam (600g)
  • Tomato (2 biji) - dibelah 4
  • Serai (1 batang) - diketuk
  • Bunga kantan (1 kuntum) - dibelah dua
  • Daun kesom (1 genggam)
  • Pes asam jawa (1 sudu besar)
  • Cili kisar (2 senduk penuh)
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Pati ayam (1 kiub) - pilihan
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Air (secukupnya)
  • Minyak (1/3 cawan)

Bahan-bahan dikisar:

  • Bawang merah kecil (7 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia (1 inci)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis serai sehingga wangi. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehinggga wangi.
  2. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  3. Tambahkan serbuk kunyit dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan daun kesom. Masak sehinggga ayam kecut.
  5. Tuangkan air sehingga ayam tenggelam.
  6. Kacau sehingga mendidih. Masukkan kiub pati ayam dan bunga kantan. Bancuh pes asam jawa dengan 1/4 cawan air dan masukkan ke dalam periuk.
  7. Tambah gula dan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali, apabila ayam sudah empuk, boleh masukkan tomato dan siap untuk dihidang.

asam pedas ayam 1

Kredit foto: Roslinda Mohd Rosli (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

asam pedas ayam 2

Kredit foto: Madiana Mustaffa (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

asam pedas ayam 3

Kredit foto: Giha Lalala (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nadira Ismail

2. Dari Dapur Aida (daridapuraida.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)