Bahan-bahan asas bagi victorian chocolate mud cheesecake ialah keju krim (cream cheese), krim putar (whipping cream), Sunquick, esen vanila dan susu pekat. Bahan-bahan selain itu boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
Stevia digunakan supaya kemanisannya tidak mendatangkan mudarat. Jika tidak menggunakan stevia, anda boleh gandakan susu pekat.
Cip coklat (chocolate chip) juga boleh digantikan dengan coklat Beryl's menggunakan sukatan yang sama. Untung loyang pula. gunakan yang bersaiz 6 inci.
Victorian Chocolate Mud Cheesecake
Bahan-bahan A:
- Chocolate chips (1/4 cawan) - dicairkan
- Cream cheese (100g)
- Whipping cream (1/2 cawan)
- Susu pekat (2 sudu besar)
- Stevia (10 titis)
- Esen vanila (1/2 sudu kecil)
- Ovalette (sedikit)
- Gelatin (sedikit)
Bahan base A:
- Biskut Oreo atau Cream-O - dihancurkan
- Mentega (1/4 cawan) - dicairkan
Bahan-bahan B:
- Cream cheese (100g)
- Whipping cream (1/2 cawan)
- Sunquick (2 sudu besar)
- Susu pekat (2 sudu besar)
- Stevia (10 titis)
- Esen vanila (1/2 sudu)
- Putih telur (1 biji)
Bahan base B:
- Biskut Marie - dihancurkan
- Mentega (1/4 cawan) - dicairkan
Bahan topping (pilihan):
- Whip topping chocolate
- Strawberi
- Pic (peach)
- Anggur
- Kinder Bueno
Cara-cara penyediaan:
- Gaul kedua-dua bahan base A dan B di dalam dua bekas sehingga rata. Masukkan ke dalam dua loyang, satu untuk adunan A dan satu untuk adunan B.
- Adun semua bahan A sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang A tadi.
- Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150'c selama 40 minit. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam (buat cara yang sama ke bahan B).
- Selepas 4 jam, keluarkan kek A dan B dan loyang. Letakkan kek B di atas kek A.
- Curahkan whip topping ke atas kek dan diratakan ke seluruh pemukaan kek.
- Hiaskan Kinder Bueno, strawberi, pic dan anggur ke atas kek mengikut kreativiti masing-masing.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.