Oleh pada 25 Jul 2019 kategori

Asam laksa atau juga dipanggil sebagai laksa Penang mempunyai asas ulam seperti timun, bawang, kantan, daun pudina (wajib), salad, nenas dan cili potong. Laksa Penang tidak menggunakan telur rebus. Jika ada telur, ianya merupakan laksa Kedah.

Kuah asam laksa juga lebih gelap dengan asas iaitu ikan curut atau juga disebut sebagai ikan selayang. Ada juga yang memanggilnya sebagai ikan sardin, namun ianya merupakan ikan segar dan bukan di dalam tin. Anda juga boleh menggunakan ikan jenis lain, tetapi rasanya akan menjadi kurang enak.

Asam laksa menggunakan laksa basah atau laksa jenis licin yang dipanggil sebagai laksa Cina oleh penduduk Pulau Pinang. Asam laksa amat jarang dibuat menggunakan laksa beras kering dimana hidangan laksa jenis tersebut dipanggil sebagai laksa utara atau laksa Kedah. 

Asam Laksa

Kredit foto: Adibah Hashim‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan A:

  • Ikan selayang/sardin/kembong/pelaling
  • Belacan
  • Asam keping
  • Bawang besar
  • CIli kering - dikisar
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan B:

  • Laksa
  • Timun
  • Bawang besar
  • Limau
  • Cili padi - dipotong halus
  • Telur rebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam. Apabila ikan telah masak, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
  2. Asingkan isi dan tulang ikan.
  3. Kisarkan ikan bersama belacan, bawang besar dan cili kering.
  4. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk air rebusan ikan tadi.
  5. Kisarkan tulang dan tapis. Cuma ambil airnya sahaja.
  6. Masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping, garam dan serbuk perasa.
  7. Apabila kuah telah masak, boleh tutup api.
  8. Hidangkan kuah laksa bersama bahan-bahan B.

asam laksa 1

asam laksa 2

Kredit foto: Chic Lin (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

asam laksa 3

Kredit foto: Dila Sopian (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Fyra Mussa [1, 2]

2. Cirah Cici [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)