Udang kelapa rangup ini cukup mudah untuk disediakan. Apabila siap udang akan bertukar saiz lebih besar berbanding sebelum digoreng.
Jika anda jemu makan masakan udang berkuah, bolehlah mencuba resepi ringkas ini. Ia sesuai dimakan dengan nasi, bubur atau dinikmati begitu sahaja.
Udang Kelapa Rangup
Bahan-bahan:
- Udang
- Kelapa parut (1/2 cawan) - disejukkan dalam peti sejuk
- Tepung beras (4 sudu besar)
- Tepung gandum (3 sudu ebsar)
- Serbuk penaik (1 sudu kecil)
- Garam (1 sudu kecil)
- Air sejuk (1/2 cawan)
- Limau nipis
Cara-cara penyediaan:
- Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali udang dan tepung.
- Masukkan air ke dalam tepung dan kacau rata.
- Perahkan sedikit limau nipis ke dalam adunan.
- Panaskan minyak dan celupkan udang ke dalam adunan. Pastikan udang betul-betul bersalut tepung dan goreng sehingga keemasan.
- Udang sedap dimakan dengan sos cili Thai.
Resepi sos:
- Sos cili Thai
- Perahan lemon/limau nipis
- Minyak bawang putih homemade (homemade garlic oil)
- Bijan - disangai
Resepi bonus: Rendang Udang Kelapa
Bahan-bahan:
- Kelapa parut
- Santan pekat *
- Bawang besar *
- Bawang putih *
- Jintan kasar *
- Jintan halus *
- Halia *
- Cili kering *
- Serbuk kunyit *
Kisar halus semua bahan yang berhuruf condong*.
Cara penyediaan:
- Tuang dalam kuali dan masukkan kelapa parut, garam dan gula. Masak sehingga sedikit kering.
- Masukkan udang dan gaul sebati. Jangan masak lama, cukup sehingga agak-agak udang telah masak dan kelapa agak kering.
Nota: Gaul dengan nasi panas sahaja.
Resepi pertama diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: