Luk chup atau juga dieja look choop adalah sejenis pencuci mulut Thailand yang diperolehi daripada marzipan, sebuah resipi dari Portugal, yang dipanggil massapão.
Orang Portugis menggunakan badam sebagai bahan utama tetapi, memandangkan ketiadaan badam di Thailand, ia digantikan dengan kacang hijau.
Pada masa dahulu, luk chup dibuat hanya untuk raja, keluarga diraja dan orang-orang di istana. Kini, ia boleh dibeli di kedai pencuci mulut umum di Thailand.
Bentuk luk chup dibuat menjadi bentuk buah atau sayuran seperti mangga, cili, oren dan lain-lain dengan warna yang sepadan dengan warna makanan yang diwakili.
Bahan-bahan tipikal untuk menu ini termasuk kacang hijau, santan, gula, serbuk jeli, air dan pewarna makanan.
Kacang, santan dan gula dibancuh sehingga menjadi pes, yang dari mana luk chup kemudiannya dibentuk.
Pewarna makanan boleh dilukis di atas pencuci mulut tersebut, dan ia kadang-kadang dicelupkan dalam gelatin untuk memberikan rupa yang berkilat.
Luk Chup
Bahan A :
- Kacang hijau tanpa kulit (500g)
- Gula (500g)
- Garam halus (1 sudu kecil)
- Daun pandan (3 helai)
- Santan (1 cawan) - pemilik resepi guna santan Kara 200ml
Bahan B :
- Agar-agar serbuk (2 paket) - 1 paket 10g
- Air (1 liter)
Caranya :
1. Rendam kacang hijau selama lebih kurang sejam.
2. Kemudian, basuh bersih dan toskan.
3. Rebus kacang hijau sehingga empuk. Air jangan terlalu banyak. Racik daun pandan. Apabila kira sudah empuk, padam api dan sejukkan. Suam-suam pun tidak apa. Buang daun pandan.
4. Kemudian, masukkan santan, gula dan garam ke dalam bekas kacang hijau tadi. Kacau rata, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
5. Masak menggunakan kuali nonstick dengan api perlahan. Kacau selalu dan masak sehingga bergumpal seperti doh dan boleh bentuk. Padam api dan sejukkan seketika.
6. Boleh bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Cucukkan pada lidi sate.
7. Bancuh warna tersebut dalam air sedikit. Calit menggunakan berus warna. Selepas itu, boleh cucuk lidi pada polisterin dan biar kering seketika.
8. Sementara itu, masakkan bahan B sehingga larut dan mendidih.
9. Kemudian, boleh celup dan cucukkan semula pada polisterin tadi.
Nota: Pemilik resepi celup ketika sedang panas-panas.
Tips: Jika mahu cantik, perlu celup 2 kali setelah lapisan pertama beku. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk beku.
Sumber: