Oleh pada 30 Oct 2019 kategori

Agar-agar cendol gula Melaka atau juga dipanggil sebagai agar-agar cendol merupakan sejenis manisan atau pencuci mulut. Kami akan berkongsikan sedikit tips dan panduan untuk membuat hidangan ini. 

Untuk cendol tidak mendap ke bawah, masukkan cendol dalam adunan santan tersebut sewaktu adunan santan telah suam. Kacau rata terlebih dahulu sebelum dituang dalam loyang.

Untuk lapisan melekat atau tidak tertanggal, adunan lapisan santan (cendol) perlulah masih suam semasa lapisan gula Melaka dituang. Selain itu, anda juga perlu mencakar atau mencucuk-cucuk lapisan atasnya menggunakan garfu.

Agar-Agar Cendol Gula Melaka 

Langkah 1: Bahan A

Bahan-bahan:

  • Serbuk agar-agar (10 gram)
  • Cendol (150-200 gram)
  • Air (4 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Santan (1 kotak) - jenama Kara
  • Garam (1 sudu teh)

 Cara penyediaan: 

  1. Didihkan air dan masak agar-agar. Kemudian, masukkan gula dan masak sehingga agar-agar dan gula menjadi larut (mendidih). Setelah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih seketika dan tutup api.
  2. Masukkan santan dan kacau rata. Kemudian, masukkan garam dan kacau rata sehingga semua sebati.
  3. Masukkan dalam acuan dan sejukkan. Selepas puding beku, corak-carikkan dengan garfu di permukaan atas kerana mahu diletakkan adunan gula melaka.

Langkah 2: Bahan B 

Bahan-bahan:

  • Serbuk agar-agar (10 gram)
  • Air (5 cawan)
  • Gula melaka (200g) - dipotong kecil
  • Daun pandan (3 helai)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan langkah 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.
  2. Selepas mendidih, tapis dan tuang ke dalam bekas cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30 minit. Selepas itu, boleh masukkan ke dalam peti ais.

Tips (untuk acuan): 

Basahkan dengan sedikit air supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

agar agar cendol gula melaka 1

agar agar cendol gula melaka 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Salimi Dolah [1, 2]

2. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)