Menbosha atau roti goreng inti udang merupakan sebuah hidangan negara China yang menjadi terkenal di Korea sejak akhir-akhir ini. Intinya boleh digantikan dengan ayam, isi ikan atau apa sahaja kegemaran anda.
Tips supaya roti tidak serap minyak, pastikan minyak betul-betul panas. Goreng menggunakan api sederhana, tidak kecil dan tidak besar.
Selain itu, jangan goreng celup telur kerana roti tidak akan menjadi rangup.
Menbosha (Fried Shrimp Toast)
Bahan-bahan:
- Roti (secukupnya)
- Udang (300gm)
- Lobak merah (1/2 batang) - dihiris
- Daun sup (1 pokok) - dihiris
- Lada putih (1 sudu kecil)
- Serbuk perasa (sedikit)
- Garam (secukup rasa)
- Tepung jagung (2 sudu)
- Telur (1 biji)
- Minyak (secukupnya)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan isi udang, lobak merah, daun sup, tepung jagung, lada putih, serbuk perasa dan garam secukup rasa ke dalam pengisar kering. Kisar sehingga lumat.
- Pecahkan telur dan kacau rata.
- Ambil dua keping roti dan potong empat.
- Letak inti pada sekeping roti yang telah dipotong dan kapitkan. Buat sehingga habis. Boleh sejuk bekukan.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap.
Tips:
- Untuk hidangan ini, perlu goreng menbosha sahaja tanpa celup telur atau tepung. Ia untuk mendapatkan kesan garing di luar dan lembap di dalam.
- Boleh juga cuba bakar dalam ketuhar atau air fryer. Mungkin lebih sihat. Pastikan dapat kerangupan roti tersebut, barulah ada 'kick'.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.