Kkwabaegi atau nama lainnya iaitu twisted Korean doughnut merupakan sejenis donat yang sedap dan lembut. Resepi ini diolah dari sebuah laman web resepi masakan Korea dimana resepi asalnya memerlukan perapan sebanyak 3 kali.
Walaupun hasil yang dibuat oleh pemilik resepi agak kurang cantik, ia sama sekali tidak hangus tetapi berwarna coklat. Ini kerana kemahiran memintal yang hebat diperlukan untuk membuat hidangan ini.
Kkwabaegi (Twisted Korean Doughnut)
Bahan-bahan:
- Tepung gandum (3 cawan)
- Susu segar (1 cawan)
- Mentega/marjerin (2 sudu besar)
- Garam (1 sudu teh)
- Gula (2 sudu besar)
- Telur (1 biji)
- Yis mauripan (1 pek)
Nota:
- Jangan lupa sediakan gula halus untuk disadurkan ke donat tersebut.
- Kkwabaegi sepatutnya disadur dengan gula pasir dicampur dengan serbuk kulit kayu manis (cinnamon), tetapi pemilik resepi menggunakan gula pasir sahaja.
Cara-cara penyediaan bergambar:
1. Panaskan 2 sudu besar marjerin atau mentega ke dalam kuali. Panaskan menggunakan medium heat, bukannya api besar untuk tidak hangus. Apabila marjerin atau mentega tersebut telah cair seperti minyak, tutup api dan ketepikan untuk diletakkan atas meja. Anda sudah tidak perlu menggunakan dapur gas lagi.
2. Setelah ketepikan kuali tadi, curahkan susu ke dalam marjerin atau mentega cair tadi. Kacau rata.
3. Kemudian, letakkan 2 sudu besar gula.
4. Letakkan pula garam dan kacau rata sekali lagi.
5. Pecahkan telur dan godak menggunakan whisk untuk mendapatkan adunan yang lebih licin. Anda juga boleh gunakan senduk.
6. Setelah godak rata telur tadi, letakkan pula yis. Kacau sedikit supaya yis bersama.
7. Biarkan yis tersebut selama 5 atau 10 minit sehingga berbuih.
8. Alihkan adunan tadi ke dalam mangkuk atau besen. Kemudian, masukkan 2 cawan tepung.
9. Kacau adunan tadi menggunakan senduk.
10. Jika tidak mahu menggunakan senduk tadi, anda juga boleh gaul menggunakan tangan.
11. Gumpalkan doh tersebut menjadi bulat. Doh ini bertekstur elastik. Tutup dengan kain lembap atau tutup periuk selama sejam atau 1 jam 30 minit. Adunan akan naik dua kali ganda. Pemilik resepi menggunakan kain lembap.
12. Doh telah mengembang dan pemilik resepi biarkan selama sejam sahaja.
13. Tumbuk doh untuk buang udara.
14. Uli semula menjadi bulat. Biarkan selama 30 atau 40 minit.
15. Pemilik resepi biarkan selama 30 minit sahaja. Keluarkan doh tadi, letakkan atas kayu pencanai dan bentukkan seperti dalam gambar.
16. Bahagikan doh kepada dua bulatan besar.
17. Satu bulatan ini boleh menghasilkan 8 bulatan kecil. Ini bermaksud, 2 bulatan ini dapat menghasilkan 16 biji bulatan kecil.
18. Beginilah 16 biji doh bulatan kecil yang dimaksudkan.
19. Ambil satu doh bulatan kecil tadi dan gelek uli sehingga panjang dari tengah supaya hujungnya tidak nipis. Jika lekat, tabur sedikit tepung. Jadikan panjang doh tersebut lebih kurang 12cm. Kemudian, ambil hujung doh dan temukan dengan hujung doh satu lagi. Angkat dan putarkan (twist).
Nota: Pemilik resepi terlupa untuk mengambil gambar ketika proses menggelek sehingga panjang.
20. Hasilnya yang tidak seberapa.
21. Beginilah rupanya setelah ditabur gula.
Nota: Pemilik resepi terlupa sekali lagi untuk mengambil gambar ketika dan selepas ia digoreng. Ketika mahu menggoreng, pastikan api tidak terlalu kuat untuk mengelakkan donat masak di luar dan mentah di dalam.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.