Oleh pada 26 Nov 2018 kategori

ayam bakar

Kredit foto: Mariana Zainal‎ & Fifi Rahmat (Gambar sekadar hiasan)

Ayam bakar merupakan hidangan ayam panggang menggunakan arang yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia. Ayam bakar secara harfiah bermaksud ayam panggang.

Di Pulau Jawa, ayam biasanya diperap dengan campuran kicap manis dan minyak kelapa yang digunakan dengan berus semasa proses memanggang. Campuran rempah bumbu mungkin berbeza-beza di antara rantau. Namun, ia biasanya terdiri daripada gabungan bawang merah, bawang putih, chilli pepper, ketumbar, jus asam, buah keras, kunyit, lengkuas dan garam.

Di Pulau Jawa, ayam bakar lazimnya mempunyai rasa agak manis kerana jumlah kicap manis yang banyak sama ada sebagai sos perapan atau mencelup (dipping). Sementara itu, ayam bakar Padang, Bali, Lombok dan sebahagian besar Sumatera biasanya lebih pedas dan lebih berwarna merah kerana terdapat jumlah chilli pepper, kunyit dan rempah-rempah lain yang banyak dan ketiadaan kicap manis.

Kebiasaannya, potongan ayam dimasak sebahagiannya dalam campuran rempah menggunakan api kecil sebelum dipanggang supaya ayam dapat menyerap rempah-rempah tersebut. Semasa proses memanggang, rempah-rempah yang selebihnya digunakan pada ayam. Ayam bakar biasanya dihidangkan dengan sambal terasi (cili dengan terasi) atau sambal kicap (hirisan cili dan bawang merah dalam kicap manis) sebagai sos mencelup (dipping) atau perasa serta kepingan timun dan tomato sebagai bahan penghias.

Terdapat pelbagai resipi ayam bakar, antara yang popular ialah ayam bakar Padang, ayam percik dan ayam golek dari Malaysia, ayam bakar Taliwang dari Pulau Lombok, Sundanese bakakak hayam, dan ayam bakar bumbu rujak Jawa. Lazimnya, ayam diperap dengan campuran pes rempah, kadangkala kicap manis dan kemudiannya dipanggang.

1. Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

ayam kenny rogers

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dicuci bersih)
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati oren Sunquick (botol)
  • 1 senduk sos blackpepper (sos lada hitam)
  • 3 sudu besar marjerin (dicairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang (direbus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir

Tips: Kentang, brokoli dan tomato ceri adalah optional. Jika tidak letak pun tidak mengapa. Ayam tetap sedap.

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan-bahan ini dengan sedikit air (suku cawan air sahaja).

2. Setelah kisar semua, perapkan dengan ayam.

3. Perap 2 jam sebelum bakar. Lebih lama perap, lebih sedap.

4. Kemudian, bakar suhu 200° 45 minit atau sehingga masak. Api atas bawah. Ikut pada ketuhar masing-masing. Pemilik resepi suka yang crunchy di luar, lembut dan juicy di dalam. Sebab itu beliau letak suhu tinggi.

2. Ayam Bakar Simple 3 Bahan

ayam bakar simple 3 bahan

Kredit foto: Fieq Muse‎ & Nurul Shuhadah Dzaki (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Ayam bersih (seekor)
  • Pes nasi goreng kampung (2 paket)
  • Pes tomyam (1 paket)

 

Cara-cara membuat:

1. Selepas buka sahaja pes tersebut, gaul sekata supaya secukup rasa. 

2. Perap ayam dalam masa 2 jam. Lebih lama, lebih in rasanya.

3. Kemudian, bakar.

Senang sahaja bukan? Bahan-bahan tersebut boleh gandakan mengikut kuantiti ayam. 

3. Ayam Bakar Madu Blackpepper

ayam bakar madu blackpepper

Kredit foto: Ema HidaYah & Juliana Lily‎ (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan perap ayam :

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Halia
  • Madu
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Sos blackpepper
  • Lada hitam yang ditumbuk
  • Minyak zaitun
  • Sedikit air

 

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan di atas dan lumur ke ayam. Bakar dalam sejam. Kemudian, siap untuk dihidang

4. Ayam Bakar Taliwang

ayam bakar taliwang

Bahan dikisar:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 7 biji cili merah (besar)
  • 5 biji cili api (boleh ditambah jika mahu pedas)
  • 1 inci belacan dibakar
  • 1 biji buah tomato besar (jika tomato kecil, pakai 2 biji)
  • 2cm kencur@cekur 

Nota: Sukatan untuk seekor ayam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan dikisar di atas. Kacau rata sehingga naik minyak.

2. Masukkan 400ml santan, 1 sudu makan gula merah / gula melaka dan garam secukup rasa. 

3. Masukkan ayam yang telah diperap dengan 1 biji limau nipis dan sedikit garam. Tips: Ayam dibelah 4 dan dikelar-kelar. Lebih sedap jika menggunakan ayam kampung. 

4. Masukkan daun limau purut dihiris (jika suka). Masak sehingga setengah masak. Tutup api dan biarkan selama sejam supaya rempah meresap. 

5. Bakar ayam di atas bara api (lebih sedap) atau ketuhar dengan suhu 180-200c sambil disapu rempah yang ditumis tadi. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata dalam 30-45 minit atau sehingga ayam masak keperangan. 

6. Baki rempah tadi dimasak sehingga pekat dan sedia dimakan dengan ayam yang telah dipanggang. 

Nota: Menu ini juga enak jika dimakan dengan nasi carrot.

Sumber:

1. Cik Pooja [1, 2]

2. Nurul Shuhadah Dzaki [1, 2

3. Ema HidaYah [1, 2

4. Nana Ereena [1, 2]

5. Lily Samsudin [1, 2]

6. Wikipedia Ayam Bakar




Hakcipta iluminasi.com (2017)