Untuk versi pertama, anda perlu mengagak sukatan bahan-bahannya kerana resepi ini digunakan untuk kaki ayam sebanyak 10kg. Bahan-bahan tersebut boleh dikurangkan misalnya untuk anggaran hidangan 2-3 orang.
Manakala bagi versi kedua pula, tempoh rebusan selama 3 jam akan membuatkan kaki ayam bersaiz kecil terlerai dari tulang. Ianya terpulang kepada citarasa masing-masing kerana ada juga yang menggemari hasil sebegini.
Kerabu Kaki Ayam (Versi 1: Pedas)
Bahan-bahan:
- Kaki ayam - dicuci bersih dan direbus sehingga masak (asingkan isi dengan tulang, buang tulang yang kasar)
- Bawang besar
- Buah tomato
- Bawang putih jeruk
- Daun ketumbar
- Daun limau
Potong dan mayam semua bahan di atas seperti gambar di bawah.
Untuk perasa:
- Kicap sotong
- Gula
- Serbuk asam limau - jenama Knorr
Satukan semua bahan di atas. Gaul sehingga sebati supaya kerabu mempunyai rasa masam pedas dan secukup rasa.
Kerabu Kaki Ayam (Versi 2)
Bahan-bahan:
- Kaki ayam (6kg)
- Daun bawang
- Daun sup
- Tomato
- Serai
- Limau nipis
- Bunga kantan
- Bawang besar
- Cili merah Thailand
- Garam
- Gula
Untuk rebusan kaki ayam (tumiskan dahulu):
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Rempah 4 beradik
- Sup bunjut
- Garam
Cara-cara membuat:
- Untuk sedap, rebus kaki ayam tersebut seperti membuat sup. Tumis semua bawang serta letakkan daun sup dan daun bawang supaya wangi.
- Kemudian, letakkan garam secukup rasa. Barulah kerabu tersebut sedap dan tidak hambar.
- Rebus selama 3 jam sehingga lembut.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: