Laksa Pulau Pinang adalah sejenis hidangan berkuah seperti mi yang terkenal di Malaysia dan Singapura.
Ia dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).
Namun begitu, setiap daerah memiliki kuah khas yang dinikmati bersama laksa menghasilkan nama yang tersendiri mengikut dimana ia disediakan.
Laksa Penang sangat terkenal di Pulau Pinang iaitu dimana ia berasal. Terdapat juga yang menyebutnya sebagai asam laksa.
Laksa Penang merupakan satu-satunya hidangan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling enak di dunia.
Assam Laksa Cina (Laksa Penang)
Bahan-bahan utama:
- Ikan tenggiri (4 keping besar) - boleh juga guna ikan lain, ikut citarasa masing-masing
✔ Pemilik resepi guna ikan tenggiri kerana isinya pejal dan terasa apabila kuah dihirup.
➡ Rebus letak asam gelugur (3 keping) dan ketuk serai (sebatang). Simpan air rebusan untuk dibuat kuah nanti.
- Laksa panjang (4 bungkus)
✔ Pemilik resepi guna cap Keris iaitu laksa vegetarian dan paling penting halal. Laksa ini kenyal-kenyal lembut walaupun sudah celur.
➡ Celur dalam air panas dan lalukan bawah air paip dan toskan. Apabila air sudah kering, tuangkan sedikit minyak dan gaul rata supaya laksa cantik bekilat dan tidak melekat.
Bahan-bahan kisar:
- Bawang besar (4 labu)
- Bawang putih (4 ulas)
- Halia (1 inci)
- Lengkuas (1 inci)
- Belacan kampung - untuk lebih sedap, guna belacan warna merah/merah jambu
- Nenas masak (1 biji kecil)
- Cili kering kerinting (segengam) - direbus sehingga lembut, ditoskan, digunting pendek-pendek dan dikisar
Bahan-bahan sampingan:
- Daun kesum (secekak)
- Bunga kantan (4 batang) - dibelah dua
- Serai titik (2 batang)
- Asam gelugur (5 keping)
- Pes asam jawa (secukupnya)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak tumis cili sehingga pecah minyak. Masukkan serai yang dititik dengan bunga kantan dan gaul seminit.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga mendidih. Lurutkan separuh daun kesum. Tumis lagi seminit.
3. Masukkan isi ikan dan kacau supaya sebati dengan bahan tumisan.
4. Kemudian, masukkan air rebusan ikan. Renih sehingga mendidih dan masukkan asam keping dan pes asam jawa.
5. Renihkan lagi sehingga menggelegak. Tutup api, lurutkan lagi baki daun kesum dan jangan lupa perasakan kuah laksa.
Cara menghidang:
Tuangkan kuah dahulu dan letak mee laksa diikuti daun salad yang dihiris nipis dan telur rebus.
➡ Boleh juga jika mahu letak potongan nenas, timun atau daun pudina. Ikut selera masing-masing.
➡ Pemilik resepi tidak suka banyak bahan hiasan. Jangan lupa otak udang.
Tips:
✔ Rahsia kelazatan assam laksa cina seperti di gerai Cina ialah kisar nenas masak masuk dalam kuah dan yang penting wajib ada otak udang. Baunya enak dan semerbak.
✔ Resepi ini merupakan hasil carian Google dan diolah mengikut selera pemilik resepi. Ia mungkin lain dari yang lain.
Sumber: