Oleh pada 27 Dec 2019 kategori

Mee Pangkor atau juga dipanggil sebagai laksa mee cukup terkenal di Lumut. Ia mempunyai keunikan rasa yang tidak sama seperti laksa mahupun mee.  

Untuk pengetahuan, menu ini sama sekali tidak sama dengan mee sua. Antara keistimewaan yang terdapat pada laksa mee ini ialah sambalnya mempunyai belacan.

Mee Pangkor (Laksa Mee)

Bahan A :

  • Laksa mee

Bahan B (sup ketam/sup udang lipan/sup ikan) : 

Untuk sup:

  • Ikan kembung
  • Daun sup
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Terpulang kepada citarasa masing-masing

Bahan C (sayur):

  • Kacang panjang
  • Bawang putih

Bahan D :

  • Udang

Untuk sambal :

  • Cili giling
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan - dibakar
  • Asam keping

Cara-cara memasaknya: 

Membuat kuah

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan garam.
  2. Angkat ikan perisi ambil isi ikan (kadang-kadang terpulang ada yang letak seekor ikan yang dipotong dua) dah letak semula dalam rebusan tadi.
  3. Masukkan bahan yang tumis darat tadi dan masukkan daun sup. Letak sedikit garam dan gula. Siap kuah ala-ala sup Ikan kembung .

Panaskan minyak (tumis darat)

  1. Masukkan bawang putih yang diketuk dan bawang merah dihiris halus.
  2. Tumis sehingga garing (masukkan dalam kuah sup).

Membuat sayur

  1. Potong halus kacang panjang.
  2. Panaskan minyak (minyak sedikit sahaja).
  3. Masukkan bawang putih yang diketuk. Ada yang letak lobak masin, saya hanya letak sedikit garam.
  4. Goreng seketika sahaja. Jangan sehingga kacang panjang layu.

Membuat sambal

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan cili yang telah dikisar.
  3. Goreng sehingga garing dan masuk bawang putih yang dibelah dua (sambal hampir masak lenyek bawang putih yang dibelah tadi untuk aroma bertambah naik baunya).
  4. Masukkan sedikit belacan yang dibakar tadi. Masukkan asam keping dan cili.
  5. Setelah hampir masak, masukkan isi udang. Masukkan garam, gula dan secukup rasa.

Rebus mee seperti biasa dan hidangkan.

mee pangkor 2

mee pangkor 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Lina Alias [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)