Oleh pada 03 Mar 2019 kategori

Laksa Terengganu adalah sejenis hidangan berkuah seperti mi yang terkenal di Terengganu.

Ia lazimnya disajikan dengan dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah.

Kuah mentah lazimnya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan.

Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir serupa dengan kuah laksa Johor, namun lebih kuning. Kuah mentah lazimnya tidak tahan lama dan hendaklah dibuat hanya apabila mahu disajikan.

Laksa Terengganu lazimnya disajikan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah.

Pada kelazimannya, ia lebih asli jika dimakan dengan menggunakan tangan.

 

Kuah Laksa Terengganu (Kuah Masak)

Kredit foto: Dina Elissa Aboy & Fadlina Anuar (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang (1 kg) - direbus dan diambil isi sahaja
  • Lada giling (3-4 sudu) - dikisar
  • Bawang merah (7-8 biji) - dikisar
  • Rempah masak (2 sudu besar)
  • Kerisik (2 sudu)
  • Halia, kunyit dan lengkuas - dikisar
  • Ikan kering (sepotong) - jika suka
  • Santan (2 kotak) - saiz kecil jenama Kara - bergantung kepada masing-masing

 

Cara penyediaan:

Campurkan semuanya ke dalam periuk dan perasakan dengan gula melaka dan garam.

 

Resepi Bonus: Tumis Laksa Terengganu

tumis laksa terengganu 1

 

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang/sardin (debone/dibuang tulang dan kulit)

➡ Campur garam dengan lada hitam sedikit kemudian kisar kering/tumbuk. Gentel mengikut saiz kesukaan anda.

  • Bawang merah dan putih - dihiris nipis
  • Bihun/mi lidi
  • Kicap
  • Lada hitam
  • Sawi
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Lada hidup - optional

 

Cara penyediaan:

Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan air sehingga mendidih. Kemudian, boleh letak semua bahan-bahan tersebut. Siap.

 

Sumber:

1. Fadlina Anuar [12]

2. Haslinissah Ali [12]

3. Wikipedia Laksa Terengganu




Hakcipta iluminasi.com (2017)