Oleh pada 31 Mar 2019 kategori

Aiskrim merupakan sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis.

Campuran ini disejukkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya bagi menghalang pembentukan kristal ais besar.

Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.

Biarpun istilah aiskrim selalu dipakai untuk merujuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, namun ia sebenarnya khas dipakai untuk merujuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu.

Pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah itu berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan berkenaan.

Terdapat pelbagai jenis perisa aiskrim, kebiasaannya dengan bahan tambahan seperti kepingan coklat, kekacang, buah-buahan dan gula-gula kecil.

Antara perisa aiskrim yang sering dijual di pasar-pasar adalah vanila, coklat, strawberi dan Neapolitan (gabungan ketiga-tiga perisa berkenaan).

 

Aiskrim Coklat Bersalut Kacang

 

Bahan-bahan: 

  • Whipped dairy cream (500ml)
  • Susu cair full cream (400ml)
  • Dark cooking chocolate (200g) - dipotong dadu
  • Dark cooking chocolate (50g) - dicairkan
  • Gula pasir (150g)
  • Coklat (50g)
  • Kuning telur (4 biji)
  • Vanila (1/2 sudu teh)
  • Kacang cincang - untuk topping

 

Cara penyediaan: 

1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk dan masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus dikacau supaya coklat larut. Diamkan sehingga mendidih dan angkat.

2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sehingga kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur tadi. Pastikan seluruh bahan sebati kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana sehingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan sebentar.

3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sehingga mendidih dan masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus dikacau. Masak sehingga coklat larut bersama dengan krim dan angkat.

4. Tuangkan adunan susu telur ke dalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Sekiranya perlu, pakai mixer supaya kedua adunan sebati dengan sempurna.

 

Selepas proses mixer

5. Ambil cetakan agar-agar atau es krim stik, tuang adunan es krim ke dalam cetakan. 

6. Ambil stik es krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap cetakan serta letakkan sebaik mungkin supaya tidak bergesel. Anda dapat memakai kertas karton yang di lubangi sesuai dengan letak lubang cetakan. Posisikan sebegitu rupa sehingga stik es krim boleh diselipkan pada lubang karton serta letaknya berada pada bahagian tengah masing-masing cetakan.

7. Selepas itu, masukkan cetakan es krim ke dalam freezer (penyejuk beku) sehingga adunan padat.

8. Setelah padat dan beku, keluarkan es krim dari cetakan dan celupkan ke dalam dark cooking chocolate yang telah dicairkan terlebih dahulu serta taburi dengan kacang cincang.

9. Masukkan kembali ke dalam freezer supaya lapisan coklatnya mengeras.

  

aiskrim coklat bersalut kacang 1

 

Sumber:

1. Amelina Izul [1, 2]

2. Wikipedia Aiskrim




Hakcipta iluminasi.com (2017)