Oleh pada 02 Jan 2020 kategori

Kedua-dua jenis air balang ini iaitu ais lemon pudina dan ais lemon pudina laici asam boi cukup sesuai untuk dijual di pasar malam atau bazar Ramadhan. Dari segi harga pula, pemilik resepi menjual ais lemon pudina dengan harga RM2 dan ais lemon pudina laici asam boi pula berharga RM3. 

Untuk hasil terbaik, gunakan bahan-bahan yang segar sahaja. Untuk asam pula, pilih jenis putih masin manis kerana rasanya sedap. Untuk bungkus dalam plastik, anda perlu isikan air gula sebanyak 1 atau 2 sudu. 

Air Balang: Ais Lemon Pudina dan Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

Bahan-bahan (sukatan untuk 1 balang air): 

  • Daun pudina (RM2.00)
  • Lemon (4 biji)
  • Sunquick (100g)
  • Serbuk asam jenama Knorr (100g) - ada dijual di pasaraya
  • Air gula (1 liter)

Cara-cara membuat:

  1. Kisar lemon (3 biji) dengan air (2 liter). Ambil air sahaja dan hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan kesemua air gula.
  2. Sunquick dan serbuk asam Knorr dimasukkan sekali air panas (1 liter). Kacau dan masukkan dalam bekas air lemon tadi.
  3. Masukkan air batu dan pati air lemon. Masukkan air masak (agak-agak sahaja), hiris lemon (1 biji) dan daun pudina. Kacau dan siap untuk diminum.

air balang ais lemon pudina ais lemon pudina laici asam boi 6

Tips:

  • Jika mahu buat banyak, gandakan sahaja.
  • Jika mahu buat banyak, pastikan perlu tapis banyak 2 atau 3 kali.
  • Pati air lemon ini boleh disimpan dalam freezer.
  • Boleh pelbagaikan jenis buahan tin atau segar mengikut citarasa sendiri.
  • Untuk ais lemon pudina laici asam boi, pemilik resepi asingkn laici bersama asam bajet pek buat dalam 15-20 plastik sahaja (rujuk gambar dibawah). Jika mahu buat terus dalam balang juga boleh, janji sedap rasa laici. Jangan kedekut bahan.

air balang ais lemon pudina ais lemon pudina laici asam boi 4

air balang ais lemon pudina ais lemon pudina laici asam boi 1 519

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nur Hanisah Kamaluddin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)