Oleh pada 01 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Youtube Vid Viral

Bahan-bahan:

  • Teh serbuk (ikut sukatan kuantiti air)
  • Susu Dutch Lady full krim (tambah air lagi supaya tidak terlalu pekat)
  • Gula (ikut kemanisan mulut anda)
  • 2 biji buah pelaga/kayu manis/cengkih (ikut pilihan sendiri)

Cara penyediaan:

  1. Jaga kebesaran api jangan terlalu kuat supaya teh tidak melimpah keluar.
  2. Sukatan susu bergantung kepada jumlah orang yang mahu minum.
  3. Selepas mendidih, berbuih dan warna telah cantik, boleh tuang dan minum ketika masih panas.

Fakta menarik:

  1. Menurut penulis, penduduk Dhaka tidak minum teh ais. Sebaliknya, mereka minum teh panas dan tiada cincau di sana.
  2. Masyarakat Dhaka minum teh yang direbus bukan menggunakan air panas sahaja. Ini menjadikan teh di sana sedap dan berlemak.
  3. Paling penting mereka menggunakan susu lembu segar, bukannya krimer manis.

Sumber: Ain Nia Karim




Hakcipta iluminasi.com (2017)