Beau Jessup adalah seorang usahawan wanita yang berusia 19 tahun dari Britain. Dia telah memperoleh keuntungan bernilai jutaan ringgit menerusi perkhidmatannya yang bijak melalui atas talian.
Jessup membantu para ibu bapa di China untuk memilih nama Inggeris yang sesuai untuk bayi mereka yang baru lahir melalui laman webnya iaitu Special Name.
Mencari nama yang sesuai untuk bayi adalah perkara penting di China. Apabila memilih nama anak mereka dalam bahasa Cina, ibu bapa biasanya akan memilih dua atau tiga aksara yang mempunyai makna dengan teliti. Namun, apabila membuat keputusan untuk memilih nama Inggeris, kebanyakan daripada mereka menemui kesukaran.
BESARKAN TEKS A- A+
Di sinilah Beau Jessup dan syarikatnya, Special Name, sedia membantu. Hanya untuk sedikit bayaran, Special Name akan mencadangkan beberapa nama Inggeris yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti kejujuran, cita-cita atau yang berkaitan dengannya.
Dalam masa tiga setengah tahun, Jessup telah membantu dalam memberikan nama kepada 678,000 bayi di China dan memperolehi keuntungan melebihi RM 1.7 juta. Jumlah itu adalah lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaan kolej dan keperluannya.
Jessup mula muncul dengan idea menubuhkan Special Name pada tahun 2015 selepas menemani ayahnya dalam satu urus niaga di China. Salah seorang rakan niaga ayahnya, Puan Wang, meminta bantuan Jessup untuk memilih nama Inggeris buat anak perempuannya yang beusia tiga tahun.
Jessup berbesar hati dengan permintaan itu dan menyedari betapa pentingnya pemilihan nama dalam budaya Cina. Selepas bertanya kepada Puan Wang apakah yang diharapkan pada anak perempuannya, Jessup mendapat tahu bahawa wanita itu mahu "orang terkejut dengan apa yang mampu dicapai oleh anaknya".
Jessup yang berusia 15 tahun ketika itu telah mencadangkan nama 'Eliza' yang diilhamkan oleh watak Eliza Doolitle daripada lakonan teater "Pygmalion". Puan Wang gembira dengan pilihan itu dan memberitahu Jessup tentang pentingnya pemilihan nama Inggeris untuk kanak-kanak Cina.
Memandangkan Asia kini merupakan kuasa ekonomi global, berinteraksi dengan orang luar yang berbahasa Inggeris dan rakan niaga daripada barat adalah satu kemestian. Disebabkan itu juga, ramai orang Cina percaya bahawa mempunyai nama Inggeris adalah lebih memudahkan.
Selepas kembali semula ke UK, Jessup meminjam £ 1,500 (RM 7900) daripada ibu bapanya bagi membayar seorang pereka web untuk membina laman webnya. Dia kemudian mengisi masa lapangnya dengan mengisi pangkalan data dengan kira-kira 4,000 nama anak lelaki dan perempuan, mengaitkannya dengan lima sifat personaliti utama seperti kejujuran dan keyakinan.
Ia adalah satu proses yang memakan masa tetapi kina algoritma membuatkan perkerjannya menjadi lebih mudah. Laman webnya itu mempunyai versi bahasa Cina untuk mencapai bakal pelanggan yang lebih ramai.
Laman web itu akan meminta pengguna untuk memilih lima ciri daripada 12, mengikut apa yang mereka rasa paling sesuai untuk bayi mereka. Algoritma kemudiannya akan mencadangkan tiga nama mengikut jantina yang bersesuaian dengan ciri-ciri pilihan tersebut.
Mereka juga diminta untuk berkongsikan nama itu dengan rakan dan keluarga menerusi media sosial sebelum membuat keputusan, sekali gus bertindak sebagai iklan percuma untuk perkhidmatan tersebut.
Pada mulanya, Beau Jessup menawarkan perkhidmatan ini secara percuma bagi mempromosikan laman webnya. Setelah digunakan oleh lebih daripada 160,000 orang, dia mula mengenakan bayaran sebanyak 60p (RM 3.20) bagi setiap penggunaan.
Jessup yang memperolehi keuntungan lumayan daripada perkhidmatannya menggunakan wang itu untuk membayar yuran universitinya dan juga melabur dalam bidang hartanah. Lebih menguntungkan ialah, perniagaannya itu hampir sepenuhnya berdiri sendiri dengan hanya memerlukan pasukan kecil sahaja di China untuk menguruskan operasi teknikal.
Beau Jessup memberitahu bahawa dia mengemas kini pangkalan data laman web itu setiap bulan tetapi perniagaan itu sepenuhnya berjalan secara automatik. Ini membolehkannya untuk menumpukan sepenuh masanya pada pengajian.
Anda mungkin hairan dan tertanya-tanya mengapa ada orang yang sanggup membayar cadangan nama dalam Bahasa Inggeris untuk bayi mereka. Seperti yang dijelaskan oleh Beau Jessup dalam TEDTalk 2017, China terkenal dengan penapisan dan sekatan dalam talian. Ditambah pula pengetahuan terhad dalam Bahasa Inggeris membuatkan kajian sukar dilakukan oleh ibu bapa di China.
Disebabkan masalah seperti itulah banyak nama Inggeris bagi bayi di China kedengaran lucu dan mengarut sekaligus membawa kepada kepercayaan malang seperti "Rolex Wang", "Gandlaf Wu" dan banyak lagi. Malah, beberapa orang terkenal juga turut mempunyai nama kelakar seperti York Chow, Funny Sit dan Dodo Cheng.
Rujukan :
1. CNBC
2. Beau Jessup
3. News