Setiap tahun, apabila menjelang bulan Ramadhan ada beberapa soalan yang akan seringkali yang akan ditanya oleh kebanyakan orang Islam di Malaysia. Antara soalan yang seringkali dapat kita lihat atau dengar adalah:
"Adakah sekiranya saya mengambil ubat XXX ini akan membatalkan puasa?"
Jenis Ubat Yang Membatalkan Puasa
Sebelum itu, mari lihat dahulu jenis-jenis ubat yang membatalkan puasa. Senarai ini telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BESARKAN TEKS A- A+
- Ubat biji
- Ubat minum
- Ubat sedut
- Pesari (Ubat yang dimasukkan ke dalam vagina (kemaluan wanita)
- Supsitori/Enema - Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur
Sekiranya ubat yang diambil anda mengandungi ciri-ciri di atas, maka ianya akan membatalkan puasa anda. Oleh itu, sekiranya boleh ambil ubat-ubatan tersebut selepas berbuka atau sebelum sahur.
Bagi pesakit yang bergantung pada ubat, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
Jenis Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa
Berikut pula adalah jenis-jenis ubat yang tidak membatalkan puasa. Garis panduan ini juga telah dikeluarkan oleh pihak KKM.
- Tablet siblingual dengan syarat diletak di bawah lidah dan tidak ditelan.
- Ubat suntikan
- Ubat titis mata dan telinga
- Ubat sapu
- Ubat kumur
- Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
Berikut merupakan infografik yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM sendiri.
Diharapkan informasi yang dikongsi ini dapat menjawab segala kekeliruan yang timbul sepanjang bulan puasa ini.