Tiap-tiap kali kita berdepan penyakit, kita akan mengambil dos ubat berdasarkan sukatan atau saranan yang diberikan oleh pakar perubatan.

Ubat yang dibekalkan (jika ada) biasanya hadir dengan kertas penerangan yang turut mengandungi penyenaraian berkait kesan sampingan yang boleh timbul, sekiranya ubat itu diambil. Ramai di antara kita endah tak endah isu ini, kerana secara amnya kita tahu kes kesan sampingan ekstrim jarang berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun ada ketikanya terdapat sedikit kemungkinan untuk terjadi kesan sampingan yang kronik, akibat pengambilan ubat yang mungkin kurang sesuai dengan penerimanya.

Berikut adalah lima kesan sampingan makan ubat paling menakutkan, yang boleh berlaku kepada anda sekiranya anda kurang bernasib baik.

1. Sindrom Stevens-Johnson (SJS)

sindrom johnson kesan sampingan ubatan

Sindrom Stevens-Johnson (SJS) adalah reaksi kulit yang boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat, termasuk antibioti dan ubat anti-radang bukan steroid.

Biasanya, SJS bermula dengan gejala seperti selesema dan berlanjutan kepada ruam yang yang merebak dan boleh bertukar menjadi bisul.

Jangkitan ini dianggap sebagai salah satu bentuk jangkitan kecemasan dalaman perubatan yang memerlukan penjagaan perubatan segera.

2. Sindrom serotonin

serotonin kesan makan ubat

Sindrom serotonin berlaku apabila terdapat kadar serotonin berlebihan dalam badan.

Situasi ini boleh berlaku akibat pengambilan beberapa ubat yang meningkatkan tahap serotonin, seperti ubat antidepresan, ubat migrain atau mungkin juga pil-pil khayal yang diperolehi secara haram.

Gejala yang boleh berlaku kepada seseorang yang diserang sindrom ini adalah kegelisahan, kekeliruan, denyutan jantung yang cepat, tekanan darah tinggi, anak mata yang melebar dan dalam kes teruk kejang otot.

3. Diskinesia tardive

tardive kesan sampingan makan ubat

Diskinesia tardive menakutkan kerana kesannya boleh dilihat pada wajah.

Penyakit ini adalah sejenis gangguan pergerakan yang boleh bersifat kekal, disebabkan kesan penggunaan jangka panjang beberapa ubat, terutamanya ubat antipsikotik.

Diskinesia tardive dikenalpasti melalui gerakan yang tidak terkawal dan berulang, seperti menjulurkan bibir, menjulurkan lidah, menyeringai atau berkedip mata dengan cepat.

4. Cenderung membunuh diri

kesan sampingan makan ubat

Beberapa ubat anti kemurungan, terutamanya yang bersifat inhibitor selektif pengambilan semula serotonin (SSRI), dikaitkan dengan peningkatan risiko fikiran atau perilaku bunuh diri terutamanya pada orang dewasa muda dan remaja.

Risiko ini umumnya rendah, tetapi penting untuk mengawasi individu dengan teliti, terutamanya semasa peringkat awal rawatan.

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang memerlukan pengambilan ubat anti depresi ini, pastikan mereka tidak memaparkan ciri-ciri yang menjurus ke sifat ini kerana tragedi buruk boleh berlaku tanpa kita sedar.

5. Degupan jantung tidak menentu

gangguan pada kadar degupan jantung

Beberapa ubat seperti antibiotik dan antipsikotik, boleh menyebabkan irama jantung yang tidak normal. cepat atau tidak teratur, mengakibatkan degupan jantung yang kuat, menyumbang kepada individu merasa pening atau dalam situasi lebih teruk, pengsan.

Walaupun jarang berlaku, aritmia jantung yang teruk boleh mengancam nyawa seseorang. Individu yang diserang gejala ini memang memerlukan penjagaan perubatan segera.

Gangguan degupan jantung ini boleh berlaku dalam beberapa cara, sama ada prolonged QT Interval, tachycardia, bradycardia dan aritmia supraventrikular; dibezakan mengikut perubahan degupan yang berlaku selepas pengambilan ubat-ubatan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)