Oleh pada 05 Jul 2019 kategori

Ines de Castro adalah seorang wanita Castile (kini Sepanyol) yang hidup pada kurun ke-14 Masihi. Ines merupakan kekasih kepada Dom Pedro, seorang putera raja dan pewaris kepada takhta Portugal.

Ines de Castro juga mempunyai darah diraja kerana bapanya, Pedro Fernandes de Castro, merupakan cucu luar nikah kepada Raja Sancho IV dari Castile. Pada waktu itu, Castile (Sepanyol) dan Portugal kerap mempunyai masalah tetapi sering diselesaikan dengan perkahwinan antara keluarga diraja kedua-dua jajahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada kira-kira tahun 1340, Ines telah berhijrah ke Portugal untuk mengikuti sepupunya, Costanza. Sepupunya itu telah diaturkan untuk berkahwin dengan anak sulung Raja Afonso IV iaitu Pedro I atau dikenali juga sebagai Peter I.

raja afonso iv

Raja Afonso IV

Pedro yang masih muda ketika itu tidak cintakan Costanza walaupun telah berkahwin dengannya. Pewaris raja itu sebenarnya telah jatuh cinta terhadap wanita lain yang merupakan sepupu dan pembantu kepada Costanza iaitu Ines de Castro.

Ines adalah seorang wanita muda yang sangat elegan dan cantik. Kulitnya begitu putih dan matanya pula berwarna biru seperti langit yang cerah. Tidak hairanlah mengapa Pedro terpikat dengan wanita itu.

Akan tetapi, Raja Afonso IV telah menentang hubungan percintaan anak sulungnya itu dengan Ines sekeras-kerasnya. Ines telah diusir dari istana dan dihantar untuk tinggal di Albuquerque. Ines kekal berada di sana sehinggalah Costanza meninggal dunia semasa melahirkan anak pada tahun 1345.

lukisan pedro i dan ines de castro

Lukisan Pedro I dan Ines de Castro

Pedro kini dapat menunaikan impiannya untuk berkahwin dengan wanita yang dicintainya itu. Raja Afonso IV ada mencadangkan beberapa orang puteri sebagai calon isteri kepada Pedro tetapi anaknya itu menolak setiap tawaran bapanya.

Ines kemudian kembali ke istana diraja dan berkahwin dengan Pedro. Cinta pasangan itu dilihat lebih kuat dari sebelumnya dan dikurniakan empat orang anak iaitu Afonso, Beatriz, Joao dan Dinis.

Namun, Raja Afonso IV yakin bahawa perkahwinan anaknya itu akan mengancam hubungan antara Portugal dan Castille yang sememangnya rapuh. Dia khuatir perang akan meletus antara dua kerajaan itu.

pedro i dan ines de castro 2

Pedro I dan Ines de Castro

Untuk menyelesaikan masalah itu, tiga orang penasihat telah memberi cadangan kepada Raja Afonso IV untuk membunuh Ines bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perang di masa hadapan.

Pada 7 Januari 1355 ketika Dom Pedro berada di luar kawasan dan jauh dari rumahnya, Raja Afonso IV telah menghantar tiga orang lelaki untuk menamatkan riwayat Ines. Dengan kejamnya, mereka telah membunuh wanita malang itu di hadapan salah seorang anaknya sendiri.

pembunuhan ines de castro

Pembunuhan Ines de Castro

Apabila Dom Pedro kembali dan mengetahui bahawa bapanya terlibat ke atas kematian isteri kesayangannya itu, dia menjadi sangat marah sehingga mengisytiharkan perang terhadap raja yang juga bapanya sendiri. Ini membuatkan Portugal terjerumus dalam perang saudara.

Apabila Raja Afonso IV mangkat pada tahun 1357, Pedro I telah mengantikannya naik ke takhta kerajaan Portugal. Perintah pertama yang dikeluarkan oleh Raja Pedro I ialah untuk mencari dan membawa pembunuh Ines de Castro. Dia juga memerintahkan agar satu patung marmar putih yang menyerupai mendiang isterinya itu dihasilkan.

dom pedro i

Dom Pedro I

Dia juga sanggup menukar pelarian Castile yang menetap di Portugal untuk tiga orang penasihat bapanya yang memberi cadangan untuk membunuh Ines. Mereka bertiga ketika itu telah melarikan diri ke Castille. Salah seorang daripada penasihat itu berjaya meloloskan diri.

Dia menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka dengan merobek keluar jantung mereka hidup-hidup. Seorang dikeluarkan dari bahagian hadapan dada manakala seorang lagi pula dari bahagian belakang.

ines de castro

Raja Pedro I kemudian menggali semula mendiang isterinya, Ines de Castro, dan menempatkan mayat itu di atas takhta bersama-samanya. Dia telah mengarahkan semua bangsawan, paderi dan rakyatnya untuk tunduk dan mencium tangan permaisuri yang telah mati itu.

Raja Pedro I bukan sahaja terkenal kerana menerapkan keadilan dengan cara yang paling kejam, malah dia juga sering melaksanakan hukuman mati sendiri daripada membiarkan orang suruhan melakukannya.

makam pedro i dan ines de castro

Makam Pedro I dan Ines de Castro

Disebabkan itu, Raja Pedro I terkenal dengan dua gelaran. Pertama ialah Pedro o Justiceiro (Pedro yang adil) dan juga Pedro o Cruel (Pedro yang kejam). Raja itu telah membina dua makam dalam kedudukan bertentangan untuk dirinya dan Ines di dalam sebuah gereja supaya dia dapat bersama kekasihnya itu untuk selamanya.

Rujukan:

1. Daily Art Magazine

2. Algarve History

3. Arts and Culture




Hakcipta iluminasi.com (2017)