Kredit foto: mynewshub.cc
Susulan isu perang dua aktres jelita Nora Danish dan Fasha Sandha, nama usahawan kosmetik Nur Sajat antara yang terpalit dan menerima tempias.
Sajat didakwa ramai sebagai sengaja mereka-reka cerita yang disampaikannya kepada Fasha pada hari tersebut. Tak kurang ada yang menggelarkan Sajat sebagai 'si batu api'.
Namun sebuah video pendek yang memaparkan detik-detik sebenar ketika hari kejadian bagai menafikan dakwaan yang tersebar.
Video yang menjadi tular itu memaparkan bagaimana Sajat menyambut panggilan telefon dan menerima mesej daripada seseorang untuk disampaikan kepada Fasha.
Video tersebut pada awalnya seakan dirakam untuk tujuan 'suka-suka', namun bertukar menjadi drama apabila individu-individu di sekeliling Sajat mula mengesyaki ada sesuatu yang serius menanti di hujung talian Sajat.
Rakaman dihentikan sebaik sahaja situasi menjadi tegang.
Anda saksikan sendiri.
Kredit video: Youtube Mynewshub Channel