Oleh pada 14 May 2017 kategori

Kredit foto: mynewshub.cc

Presiden Seniman, Zed Zaidi telah tampil memberi komen berhubung insiden percakaran antara dua aktres popular iaitu Fasha Sandha dan Nora Danish.

Menurutnya, salah faham tersebut berpunca daripada kesilapan pihak penganjur acara tersebut dalam memberikan informasi.

Konflik antara mereka berlaku sebab persepsi dan salah infomasi. Orang ini cakap macam ini, orang itu pula cakap macam itu.


Saya kenal dua-dua selebriti ini. Mereka orangnya beretika dan perkara ini takkan jadi kalau pihak penganjur tidak masuk campur.


Kalau pihak penganjur profesional, insiden persengketaan ini tidak akan terjadi.


Dalam hal ini, kita kena ambil kira cerita semua pihak sama ada daripada Fasha, Jakel, pihak penganjur dan Nora.


Pihak penganjur pun kena terangkan hal sebenar kepada semua peminat sehingga menyebabkan Fasha mendakwa sedemikian di Instagramnya.

Justeru, Zed akan mengaturkan pertemuan dengan pihak penganjur Fenomena Aidilfitri 2017, Glass Go Media bagi mengadakan perbincangan berkenaan isu tersebut.

Terdahulu, Zed juga pernah menyelesaikan persengketaan antara pelakon Anzalna dan Neelofa yang juga pernah berselisih faham sebelum ini.

Sumber: utaranews.com & beritamemey.blogspot.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)