Kredit foto: hangat.com
Kes percakaran antara dua selebriti jelita Nora Danish dan Fasha Sandha nampaknya seakan menemui jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Nora dikatakan telah menyaman Fasha atas tuduhan yang didakwa telah menjatuhkan reputasi perniagaannya manakala Fasha pula mahu menyaman malu pihak penganjur majlis itu.
Namun, lain pula ceritanya apabila baru-baru ini Fasha telah memberi kenyataan melalui program hiburan terkenal, Melodi siaran TV3 bahawa dia sudah memaafkan pihak penganjur majlis fesyen tersebut.
Penganjur itu telah memohon maaf kepada saya diatas perbuatannya dan dia juga telah membuat kenytaaan yang mengatakan dia yang bersalah. Buat masa sekarang I just take it easy.
Saya ada banyak kerja lagi nak buat, saya banyak lagi komitmen.
Menurutnya lagi, dia berharap agar pihak penganjur majlis berkenaan lebih berwaspada supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan.
Sekarang ini hanya Allah saja yang tahu sama ada kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur pada waktu itu adalah andaian mereka ataupun mendapat arahan.
Kalau benar ini hanyalah andaian dan rekaan cerita semata-mata, anda telah melakukan dosa besar kerana mencetuskan perkara ini hingga menjadi lebih teruk lagi.
Tapi apa pun saya dah maafkan dia kerana dia telah meminta maaf kepada saya.
Sumber: suria.my