Oleh pada 19 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Astro Awani

Kerja-kerja perobohan struktur fizikal bangunan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam bakal dilakukan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada Februari dan berkemungkinan selesai sekitar akhir bulan Mac.

Menurut Datuk Azman Ismail selaku pengarah urusannya, pihaknya kini sedang membuat keputusan untuk memilih kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja perobohan berkenaan.


Setelah perlantikan dibuat, kontraktor itu bakal melaksanakan kerja-kerja merobohkan struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau selepas Perayaan Tahun Baru Cina.

Ini susulan keseluruhan kerja-kerja terbabit harus dijalankan tahap demi tahap, kerana ia dilakukan dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa sibuk.

Oleh itu, PLUS sentiasa mengambil berat faktor keselamatan sewaktu kerja-kerja tersebut dilaksanakan.


Justeru, PLUS mencadangkan supaya pengguna jalan raya lebih berwaspada semasa melalui kedua-dua plaza tol itu dan memperlahankan sedikit kenderaan apabila mendekati bangunan plaza.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)