Sumber foto: Mynewshub / EZ
Seorang pengguna lebuhraya cedera kerana tersepit setelah kereta dipandunya dilanggar sebuah treler semasa sedang menunggu giliran untuk membayar tol di Plaza Tol Bukit Kemuning mengarah ke Shah Alam, sekitar pukul 7.28 petang semalam.
Menerusi kejadian tersebut, sejumlah 4 buah kereta lain juga didedahkan terbabit.
Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib selaku Ketua Polis Daerah Shah Alam memberitahu, menurut maklumat siasatan, insiden berlaku dimana terdapat sebuah treler melanggar kereta model Proton Saga yang ketika itu menunggu giliran bagi membayar tol di situ.
Langgaran kuat mengakibatkan kereta tersebut merempuh 3 kenderaan lain yang berada di bahagian hadapan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya pemandu kereta Proton Saga serta pemandu treler dilaporkan cedera dalam kejadian.
"Pemandu kereta yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba, manakala pemandu treler hanya mengalami cedera ringan," ujarnya semasa dihubungi Sinar Harian.
Jelasnya lagi, kedua-dua mangsa selepas itu dibawa ke Hospital Shah Alam bagi menerima rawatan lanjut.
Siasatan kes tersebut dilakukan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber foto: Mynewshub / EZ
Sumber berita: Sinar Harian