Membeli-belah boleh menjadi satu terapi yang efektif bagi sesetengah orang dalam melepaskan tekanan yang dirasakan. Ia tidak perlu melibatkan barangan yang mahal dan kesannya kepada diri adalah sangat mendalam.
Dan ketika ini, sebuah pusat membeli-belah yang dikatakan bakal menjadi pusat membeli-belah paling berprestij dan termahal di dunia sedang dibina di Amerika Syarikat.
BESARKAN TEKS A- A+
Kompleks beli-belah yang diberi nama Wynn Plaza yang merupakan tambahan kepada Wynn Las Vegas (resort dan kasino mewah) dan Encore Las Vegas bakal dibuka menjelang Oktober tahun 2018.
Wynn Plaza yang menelan belanja hampir RM220 juta ini bakal mendekatkan hartanah Wynn dengan Las Vegas Boulevard dan para penyewa dijangka akan menikmati satu pengalaman baru yang sangat menakjubkan.
Menurut Presiden Wynn Las Vegas, Maurice Wooden, Wynn Plaza merupakan tambahan dinamik kepada suasana meriah sedia ada yang menawarkan pelbagai jenama terkemuka dunia yang kini masih belum ada di Las Vegas.
Dengan berpuluh-puluh jenama fesyen, pilihan makanan mewah dan cara hidup yang eksklusif yang ada di sini, kita akan memberikan pengalaman yang tak dapat di mana-mana.
Antara jenama yang hanya boleh ditemui di Las Vegas di Wynn Plaza termasuklah Cipriani, Urth Caffé, SoulCycle, Stefano Ricci, Céline, Balmain, Loewe, James Perse, Cotton Citizen, Marie France Van Damme, dan Vitra Eyewear.
Selain itu, kumpulan butik fesyen yang baru menyertai membuka cawangan mereka termasuklah Bottega Veneta, Saint Laurent dan juga satu-satunya cawangan tetap Louis Vutton untuk lelaki di Las Vegas.
Para pelanggan mencari pengalaman yang bukan sahaja unik dalam pasaran tetapi juga unik secara global dan yang memenuhi kepeluan gaya hidup mereka.
Koleksi butik-butik ini menyediakan gabungan pengalamaan kasual, kontemporari dan juga mewah yang tak wujud di mana-mana tempat di dunia.
Antara jenama-jenama terkemuka dunia lain yang terdapat di Wynn Plaza adalah:
Alexander McQueen
Brioni
Brunello Cucinelli
Cartier
Chanel
Chloe
Chopard
Christian Louboutin
Dior
Givenchy
Graff Diamonds
Hermes
House of Bijan
Loro Piana
Louis Vuitton
Moncler
Prada
Rolex
Salvatore Ferragamo
Rujukan: