Kredit foto: hafizosman.wordpress.com
Aktres Lisa Surihani mengakui berasa patah hati selepas berhadapan dengan pengalaman pertama melihat sikap anak sulungnya, Yahaira.
Menurut Lisa, Yahaira kurang menyenangi kehadiran anak keduanya, Yusof.
Kredit foto: Instagram Lisa Surihani
Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap. Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami. Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan. Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan.
Sumber: Mstar
Sungguhpun begitu, Lisa mengakui beliau telah menerima pembelajaran baru di mana sebagai ibu, dia perlu memberikan penjagaan dan didikan yang berbeza mengikut kesesuaian setiap anaknya.
Hasilnya, Yahaira mula menerima baik kehadiran Yusof.
Kredit foto: Instagram Lisa Surihani
Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya. Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula.
Sumber: Mstar