Oleh pada 16 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ariff Bahran & Instagram Tomok

Kebanyakan para pengikut program realiti Big Stage mempertikaikan kenyataan penyanyi baru Ariff Bahran yang dikatakan menyindir Tomok dan kumpulan New Boyz di konsert kedua program berkenaan pada Ahad lalu.

Ia berikutan tindakan penyanyi muda itu mempersoalkan populariti New Boyz sewaktu zaman kegemilangan diraih mereka suatu ketika dahulu.

Kenyataan Ariff itu disiarkan dalam tayangan klip video (VT) sebelum beliau menyampaikan lagu Sejarah Mungkin Berulang, nyanyian asal kumpulan terbabit.

Begitupun, Bahran tanpa menunggu lama, tampil memohon maaf sambil memberi pencerahan tentang situasi sebenar melalui entri Instagram peribadinya.

persenda tomok ini kenyataan susulan ariff bahran 2

Kredit foto: Instagram Ariff Bahran

"Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai.

"Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri.

"Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya.

"Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran," tulis Bahran.

Meskipun awalnya berasa marah, namun warganet akhirnya menerima permohonan maaf, malah memuji jejaka itu kerana bersikap positif dalam menangani kritikan.

Persembahan mantap Bahran konsert lalu mendapat reaksi positif daripada Tomok selaku juri undangan sekaligus meletakkannya antara peserta yang bakal bersaing di minggu depan, menerusi lagu Marry You (duet bersama Ayda Jebat).




Hakcipta iluminasi.com (2017)