Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsert Big Stage minggu keempat bertemakan 'Cover Tapi Bukan Aku' menampilkan persembahan bertenaga lapan penyanyi dalam merebut tempat ke pusingan seterusnya.
Menerusi pemarkahan juri profesional, Syafiq Farhain dipilih mendahului barisan peserta lain dengan markah sebanyak 84.67% menerusi persembahan lagu Sway yang dipopularkan Michael Buble.
Sementara itu, tuah tidak berpihak kepada Sissy Imann yang berada di kedudukan tiga terendah, sekaligus tersingkir daripada persaingan berdasarkan undian aplikasi Tik Tok yang tidak menyebelahinya.
Lain-lain peserta yang tidak kurang hebat ialah Baby Shima, Sarah Suhairi, Arif Bahran, Wani Kayrie, Tajul dan Afieq Syazwan.
Mereka diadili oleh juri tetap Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersama Mas Idayu selaku juri undangan.
Berikut merupakan markah yang dipungut para peserta mengikut turutan kedudukan berdasarkan penilaian juri profesional.
- Syafiq Farhain - 84.67%
- Sarah Suhairi - 83.67%
- Baby Shima - 80.50%
- Wani Kayrie - 79.67%
- Afieq Shazwan - 78.67%
- Ariff Bahran - 72.67%
- Sissy Imann - 67.33%
- Tajul - 64.67%
Kredit foto: Youtube Astro Gempak
Konsert Big Stage ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.