Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

Kisah percintaan pelakon Mira Filzah seringkali menjadi bualan sehingga para peminat mula mempersoalkan tentang jodohnya. Tidak menafikan memasang impian untuk bergelar isteri dan berkeluarga, Mira tidak mahu terburu-buru sebaliknya lebih selesa menantikan jodoh yang paling sesuai buat dirinya.

Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jenjang pelamin pada bila-bila masa. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya.

Mira juga enggan perkahwinan itu dibuat atas dasar memuaskan hati pihak lain serta menyorok kisah percintaannya demi menjaga status selebriti yang dipegangnya.

Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu. Tidak guna untuk mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan.

Sebelum ini, Mira pernah dikaitkan menyulam kasih bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak setelah digandingkan bersama dalam drama dan filem selain seringkali dilihat memuatnaik gambar yang menampakkan kemesraan mereka berdua di Instagram. Bagaimanapun, mereka menyangkal spekulasi percintaan tersebut tetapi lebih selesa menganggap hubungan berkenaan tidak lebih daripada kawan semata-mata.

perjalanan jodoh mira filzah tersekat akibat kesesakan jalan raya 2

Kredit foto: mynewshub.cc

Sumber berita: Harian Metro Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)