Kedua-dua baking soda dan baking powder adalah agen penaik, yang bermaksud apabila keduanya ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, ia akan menghasilkan karbon dioksida dan menyebabkan doh naik. 

Baking powder mengandungi baking soda, dan kedua-dua bahan ini digunakan dalam keadaan yang berbeza. 

Kenali Apa Itu Baking Soda

baking soda beza dengan baking powder

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: jandrscarpetcleaning.com

Nama kimia baking soda adalah sodium bikarbonat. Apabila bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven, menyebabkan hasil bakeri turut mengembang atau naik. 

Contoh bahan berasid termasuklah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. TIndak balas kimia antara baking soda dan bahan-bahan lain berlaku sebaik sahaja ianya dicampur, jadi anda perlu membakarnya serta merta, atau produk bakeri/pastri anda tidak akan naik. 

Kenali Apa Itu Baking Powder

baking powder beza dengan baking soda

Sumber Foto: runawayrice.com

Baking powder mengandungi sodium bikarbonat, dan juga bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) serta agen pengering (selalunya kanji). Terdapat 2 jenis baking powder, iaitu single-acting dan double-acting

Jenis single-acting diaktifkan oleh kelembapan, jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sejurus ia dicampur. Baking powder jenis double-acting mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, dan boleh dibiarkan sebentar sebelum dibakar. 

Penggunaan double-acting baking powder akan membebaskan gas tertentu pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas berkenaan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat. 

Bagaimana Menentukan Penggunaan Baking Powder Atau Baking Soda Dalam Resipi?

Sesetengah resipi menggunakan baking soda, sesetengah resipi yang lain menggunakan baking powder

Bahan mana yang perlu digunakan bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi. 

Matlamat utama adalah untuk menghasilkan produk berkualiti yang sedap dan mempunyai tekstur yang enak. Baking soda adalah sejenis alkali (basic), jadi produk hasil penggunaana bahan ini sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda selalunya digunakan dalam resipi cookies. 

Tidak seperti baking soda, baking powder mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali, dan atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral. 

Resipi yang menggunakan baking powder selalunya memerlukan bahan yang neutral rasanya, seperti susu. Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut. 

Pengganti Kedua Bahan Ini Dalam Resipi

pengganti baking powder dalam resipi baking soda tambah krim tartar

Sumber Foto: cookieclicker.ronakpakhsh.com

Baking soda boleh digantikan dengan baking powder, namun kuantiti yang digunakan adalah lebih banyak dan akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.

Baking soda itu sendiri kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek kembang mahupun naik. Namun, anda boleh membuat baking powder anda sendiri sekiranya anda mempunyai baking soda dan krim tartar. 

Caranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (Kadar 2:1 untuk krim tartar:baking soda). 

Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur untuk membakar kek, biskut dan cookies!

Rujukan:

  1. realsimple.com
  2. thoughtco.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)