Semalam saya dah ceritakan tentang kadar metabolisme dan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang.

Ada yang dah bersemangat nak berlatih selepas menyedari kita sebenarnya boleh menetukan sendiri tahap metabolisme kita setinggi mana? Mungkin ada juga yang baru tersedar dan memahami serba sedikit kenapa berat dia susah nak turun-turun?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas perkongsian saya semalam, saya harapkan ramai yang dah baca serta faham tentang metabolisme dan fungsinya. Harapan saya agar kita tak keliru lagi tentang fungsi sebenar metabolisme dalam tubuh kita, dimomok-momokkan agar terus menyalahkan metabolisme bila usaha kita menurunkan berat badan tak berjaya.

Baik. Berbalik kepada topik kali ini - bagaimana nak tingkatkan metabolisme, kalau ditakdirkan kita ni individu yang jenis kadar metabolisme rendah ni. Adakah caranya? Bagaimana nak buat? Ada!

Faktor pendorong peningkatan metabolisme

britney spears botak 439

Apakah faktor yang boleh meningkatkan sedikit metabolisme seseorang? Secara ringkas metabolisme seseorang boleh ditingkatkan dengan beberapa cara antaranya:

1. Latihan/Semanan

Ramai tak tahu bahawa melalui kombinasi latihan atau senaman seperti kardiovaskular dan mengangkat berat, seseorang itu berpeluang untuk meningkatkan metabolisme dalam badannya secara semulajadi.

Dengan peningkatan tahap senaman, secara tak sengaja dalam masa yang sama menolong kita meningkatkan penggunaan kalori dan juga memperkuatkan otot. Oleh itu, sekiranya anda rasa metabolisme kalian rendah - jangan takut nak pergi bersenam di gimnasium.

2. Makan lebih kerap

Ada pelbagai pendapat berkenaan isu. Namun berdasarkan pandangan saya, saya bersetuju dan cenderung bahawa makan lebih kerap sehingga 5 atau 6 kali sehari, sistem-sistem badan akan sentiasa beroperasi dalam memastikan badan akan sentiasa aktif.

Ini sekaligus mengingkatkan kadar metabolisma. Tidak makan dengan harapan untuk mewujudkan penurunan berat badan pada saya bukanlah sesuatu yang bagus. Ini kerana tindakan itu memaksa badan kita menurunkan kadar metabolisma, sama seperti ketika kita sedang berpuasa.

3. Minum air banyak

Air merupakan kandungan utama di dalam badan. Tolong cukupkan kandungan air dalam badan kita bagi mengelakkan dehidrasi. Lebih tinggi kandungan air dalam badan kita, lebih lancar proses metabolisme kita berlangsung.

4. Pilihan pemakanan harian

Secara khusus, tidak ada makanan yang boleh meningkatkan metabolisme badan secara mendadak. Namun adalah beberapa makanan yang boleh tingkatkan untuk sementara kadar metabolisme kita, seperti makanan pedas. Selain dari itu kopi juga membantu kerana kandungan kafein di dalamnya membantu proses itu berlaku.

5. Pengambilan supplemen

Kebanyakan suplemen penurunan berat badan dikategorikan sebagai 'thermobased supplements' di mana khasiat yang terkandung di dalamnya, akan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lainnya dapat membantu, jadi pastikan beli suplemen yang mengandungi bahan tersebut. Bagaimanapun yang penting, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dahulu.

Amalkan cara hidup sihat ya!

ustaz fitness tips kurus arif sukri

Ini sahaja perkongsian saya berkenaan metabolisme bersama Iluminasi. Lagi sekali saya tegaskan, kita perlu berhenti menyalahkan metabolsime yang membuatkan berat badan tak turun, kerana kadar metabolisme bukanlah penyebab utama pengekalan berat badan.

Ada banyak tabiat lain yang menyumbang kepada masalah itu seperti tak jaga makan, jarang atau tidak bersenam dan juga tak dapat rehat yang cukup. Semoga anda dapat belajar sesuatu hasil dua perkongsian saya ini.

Semoga berjaya dalam perjalanan menurunkan berat badan dan menambah baik kualiti hidup anda.


Arif Sukri atau lebih dikenali dengan istilah popularnya 'Ustaz Fitness' merupakan seorang jurulatih kecergasan. Diiktiraf oleh National Association of Strength and Conditioning Research atau NASC dalam bidang kejurulatihan, Ustaz Fitness kerap mengadakan sesi rundingan dan latihan bagi membantu orang ramai menurunkan berat badan.

Beliau terkenal sebagai individu yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kg tanpa menggunakan sebarang bantuan suplemen.




Hakcipta iluminasi.com (2017)