Kek adalah antara pencuci mulut paling digemari di seluruh dunia. Sama ada ia hanyalah kek biasa atau kek yang mewah, ia dinikmati dengan cara yang sama oleh semua orang.

Ia juga digunakan dalam acara-acara kemuncak seperti dalam ulang tahun kelahiran dan juga majlis perkahwinan. Biasanya, kek-kek yang digunakan dalam 2 acara ini sangat mahal dan ditempah khas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kek paling mahal di dunia. 

5 . Kek Pameran Pengantin Mewah - RM82 juta

kek pameran pengantin mewah

Setiap tahun, Pameran Pengantin Mewah di Beverly Hills, California menjadi semakin mewah dan dahsyat.

Pada tahun 2006, mereka memutuskan untuk menggunakan kek yang tersangat mahal untuk mengikuti acara bertemakan perkahwinan itu.

Hasil seni kek ini direkabentuk oleh Nahid Parsa dan ia termasuk dengan serpihan emas dan berlian yang sangat banyak di atasnya.

Setelah siap, kek ini dianggarkan bernilai RM82 juta. Menurut sumber, tidak diketahui sama ada kek ini dihasilkan untuk dijual, atau telah dijual dalam pameran tersebut.

Apa yang pasti ia adalah kek ke-5 termahal di dunia.

4 . Kek "Diamon Gala" Devorah Rose - RM123 juta

kek devorah rose

Ketua editor Social Life Magazine, Devorah Rose, suka mengadakan pesta yang mahal dan kek yang dihasilkan untuk "Diamond Gala" nya itu membuktikan segala-galanya.

Devorah mencari pencipta rancangan realiti Cake Boss, meminta mereka mereka bentuk dan menyiapkan kek yang bernilai RM123 juta.

Kek ini bertujuan untuk digunakan dalam partinya dan pasukan Cake Boss berjaya menghasilkan apa yang dimahukan oleh Devorah, termasuklah pelbagai permata berharga yang ditaburi mengelilingi kek ke-4 termahal di dunia itu.

3 . Kek Fantasia Lanun - RM144 juta

kek fantasia lanun

Pada tahun 2012, Chef Dimuthu Kumarasinghe telah memecahkan rekod bagi kek termahal di dunia. Kek yang dihasilkannya direkabentuk seperti kapal lanun, termasuk harta rampasan yang terdiri daripada pelbagai jenis batu permata dan kepingan emas.

Namun, perhiasan ini tidak boleh dimakan, hanya lapisan-lapisan berperisa coklat, labu dan lemon sahaja yang boleh dimakan. Kos kek ini termasuk dengan "harta rampasan" tersebut adalah RM144 juta.

Rekod ini hanya bertahan beberapa bulan sahaja sebelum dipecahkan oleh kek yang berada di tangga ke-2 senarai ini. 

2 . Kek Pertunjukan Perkahwinan Gay Kebangsaan - RM214 juta

kek pertunjukan perkahwinan gay kebangsaan

Kek ini membuatkan rekod kek cawan oleh Chef Dimuthu tidak bertahan walaupun setahun.

Pada Mac 2013, Pertunjukan Perkahwinan Gay Kebangsaan di Liverpool mengupah bakeri bernama CAKE, untuk mereka bentuk kek khas untuk digunakan dalam acara tersebut.

Ia terdiri daripada 8 lapisan, berketinggian hampir 1.5 meter dan mempunyai lebih daripada 2,000 bentuk berlian termasuk dalam kek ini sendiri.

Para pereka kek ini tersangat berminat dalam mencipta ini untuk acara istimewa, dan akhirnya memecahkan rekod ketika mereka menyiapkan kek ini.

Kek ini dianggarkan bernilai RM214 juta, kedua termahal di dunia setakat ini.

1 . Kek pertunjukan fesyen - RM309 juta

kek termahal di dunia

Sepasang suami isteri yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu langsung tidak berniat untuk mencipta rekod dunia ketika ingin menempah kek paling unik bersempena majlis ulangtahun kelahiran anak perempuan mereka.

Namun, itulah yang berlaku apabila seorang pereka kek, Debbie Wingham menerima panggilan telefeon pada tahun 2015 yang telah mengubah hidupnya selama-lamanya.

Debbie mencipta kek tersebut kelihatan seperti satu pentas pertunjukan fesyen, bersaiz 183 sentimeter panjang bersama dengan model-model memakai pakaian dan aksesori, yang mana semuanya boleh dimakan.

kek termahal di dunia 2

Sebahagian besar kos kek ini disumbangkan oleh pelbagai batu permata yang digunakan, termasuklah berlian pelbagai warna bernilai RM185 juta.

Kek berharga RM309 juta ini adalah pemegang rekod bagi kek paling mahal di dunia sehingga kini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)