Oleh pada 14 Jan 2018 kategori

Kredit foto: mynewshub.cc

Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah memberitahu dia ternampak aktor Datuk Farid Kamil membawa sepucuk pistol di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta.

Shuhaimi menyedari pistol di pinggang aktor itu ketika insiden beliau menampar pelakon senior, Ridzuan Hashim di lokasi penggambaran sama.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia (Fa­rid) tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Shuhaimi membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas tentang dakwaan Ridzuan yang mengatakan dirinya ditampar Farid di lokasi penggambaran sehari sebelum penahanan pelakon filem Chermin itu di balai polis.

Shuhaimi berkata, Farid juga ada menengking seorang jurukamera tanpa diketahui motifnya.

“Tiba-tiba dia menengking jurukamera saya sambil bertanya: “Kau belajar dengan siapa?” beberapa kali dengan suara yang sangat kuat sehingga kami terkejut,” ujar Shuhaimi.

Menyambung cerita, Shuhaimi berkata, sejurus selepas jurukamera terbabit menjawab soalan, Farid terus berlalu pergi dan mengatakan dia sekadar bergurau.

Dalam masa sama, Shuhaimi mendedahkan Farid bukanlah sebahagian daripada pelakon drama arahannya itu.

“Dia bukan pelakon dalam drama saya, tapi mungkin dia datang kerana lokasi penggambaran itu milik Sofi Jikan iaitu sahabatnya.

“Selepas kejadian menampar Ridzuan, kami terpaksa berhentikan penggambaran seketika,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhaimi menyifatkan tamparan Farid pada Ridzuan, 53, amat kuat hingga pipi pelakon itu bertukar merah.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)