Para penyelidik menemui satu penemuan baru terhadap bangkai kapal Clotilda, kapal terakhir yang digunakan untuk menyeludup hamba dari Afrika ke Amerika Syarikat pada tahun 1800an. Pelayaran terakhir oleh kapal itu dikatakan berlaku beberapa dekad selepas Amerika Syarikat mengharamkan penyeludupan hamba dan merangka undang-undang berkaitan mengenainya.
BESARKAN TEKS A- A+
Penyelidik mengkaji sebuah bangkai kapal di Sungai Mobile
Penemuan bangkai kapal terakhir yang menyeludup hamba dari Afrika ke Amerika Syarikat tersebut disahkan oleh pasukan pengkaji di Alabama pada 22 May 2019.
Suruhanjaya Sejarah Alabama berkata dalam laman Facebook mereka bahawa, selepas "siasatan saintifik selama beberapa tahun," dapat disahkan bahawa bangkai kapal tersebut adalah dari kayu kapal Clotilda 100%.
"Penemuan Clotilda adalah penemuan arkeologi yang luar biasa," kata Lisa Demetropoulos Jones, pengarah eksekutif Suruhanjaya Sejarah Alabama.
"Keturunan dari mangsa kapal Clotilda yang terselamat mengidamkan penemuan ini bertahun lamanya," katanya.
Penyeludupan Hamba
Pada tahun 1860 kapal tersebut beroperasi secara haram selepas Kongres Amerika Syarikat mengharamkan penyeludupan hamba pada tahun 1807. Kapal kayu yang sempit tersebut membawa kira-kira 110 orang dari Kerajaan Dahomey, yang kini dikenali sebagai Benin, Afrika Barat.
Timothy Meaher
Pemilik-pemilik ladang di daerah selatan Amerika memerlukan pekerja tambahan untuk ladang kapas mereka, dan Timothy Meaher, pemilik ladang di Alabama membuat pertaruhan bahawa Clotildamampu membawa sejumlah warga Afrika menyusuri lautan Atlantik, kata sejarawan Natalie S. Robertson.
Clotilda belayar dari sungai Mobile ke Afrika Barat, di mana ia mengambil hamba-hamba di sana dan membawa mereka kembali ke Alabama, sambil mengelak dari pihak berkuasa sepanjang perjalanan.
"Mereka menyeludup orang ramai sepertimana hendak menentang pasukan lawan di dalam sukan," kata Robertson.
Kapal itu dikatakan telah sengaja dipecahkan dan dibakar sejurus ia tiba kembali di perairan utara pelabuhan Mobile Alabama.
Warisan dari Africatown
Selepas lima tahun penghambaan, dan dengan berakhirnya Perang Saudara, mangsa tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka tetapi mempunyai cara untuk membeli tanah kecil di utara Mobile. Mereka menetap dan membina sebuah komuniti di sana, yang dikenali sebagai Africatown pada hari ini.
Perjalanan itu merupakan pelayaran terbaik yang didokumenkan, dengan keterangan saksi yang direkodkan dari mangsa yang masih hidup pada abad ke-20.
Penyelidik menggunakan rekod insurans untuk menentukan saiz unjuran kapal dan ciri-ciri lain, demikian menurut majalah National Geographic yang menyokong usaha mencari kapal itu.
"Kami berhati-hati dengan meletakkan nama di bangkai kapal yang tidak lagi menanggung nama atau sesuatu seperti loceng dengan nama kapal itu," kata ahli arkeologi maritim, James Delgado dalam satu kenyataan. "Tetapi bukti fizikal dan forensik dengan kuat mencadangkan bahawa ini adalah Clotilda."
Seorang wartawan berita tempatan tahun lalu mendapati bangkai kayu yang dikatakan sebagai Clotilda, tetapi ia telah disangkal kesahihannya. Walau bagaimanapun, publisiti itu membantu mencetuskan pencarian baru, yang menemui bangkai kapal kini yang dikenal pasti sebagai kapal Clotilda yang sebenar.
Sumber: