Sudah banyak artikel yang wujud di internet mengenai keunikan dan misteri penciptaan piramid itu sendiri. Sejak sekian lamanya, ramai saintis yang melakukan kajian terhadap piramid yang dianggap salah satu keajaiban dunia zaman purba.

Lebih menarik, 65 tahun lalu atau pada tahun 1954, sebuah kapal kayu besar telah ditemui tertanam berhampiran piramid Giza. Diberi nama kapal Khufu sempena nama lokasinya ditemui, kapal ini boleh dikatakan antara kapal tertua di dunia yang masih wujud pada masa kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan penemuan ini, bermakna kapal ini sudahpun tersimpan rapi selama lebih 4600 tahun. Keunikan dan tujuan pembinaan kapal ini yang penuh misteri telah menarik minat ramai saintis dari seluruh dunia untuk mengkajinya lebih lanjut.

Tarikh 26 Mei merupakan tarikh ulang tahun penemuan bot ini. Menariknya, pada 26 Mei 2019 yang lalu, pihak Google telah memaparkan satu lukisan Doodle di laman carian mereka yang memaparkan lukisan kapal Khufu yang dianggap penting dalam sejarah tamadun manusia.

Penemuan tanpa sengaja

rangka kapal khufu 771

Kapal Khufu ditemui dikebumikan di sebelah selatan Piramid Besar Giza oleh seorang ahli arkeologi bernama Kamal el-Mallakh secara tidak sengaja. Ketika itu, beliau sedang mengkaji mengenai barisan bongkahan blok batu kapur besar yang menutupi sebuah lubang berbentuk segi empat tepat.

Dia memecahkan batu kapur tersebut sebelum terdedah sebuah bilik kebal di bawah tapak kakinya. Setelah lebih 4500 tahun, akhirnya kapal yang sudah diceraikan setiap bahagiannya itu dan disembunyikan dalam bilik rahsia itu akhirnya ditemui buat kali pertama.

Proses pemasangan semula kapal

rekabentuk kapal khufu

Ketika dijumpai, kapal tersebut bukanlah sebuah kapal yang sudah siap dipasang. Sebaliknya hanya lapisan-lapisan kayu yang membentuk kapal tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1200 keping kayu pelbagai saiz dan bentuk yang perlu disusun semula untuk membina semula kapal Khufu ini.

Proses pemasangan semula kapal ini mengambil masa yang cukup lama. Ianya diketuai oleh Haj Ahmed Youssef, seorang pakar pemulihan barangan lama yang bekerja untuk Jabatan Antikuiti Mesir.

Lebih menyukarkan, tiada panduan khusus bagaimana cara memasang kapal itu dan tiada gambar yang menunjukkan bentuk sebenar kapal itu. Beliau terpaksa meneliti rekabentuk model kapal yang terdapat di makam-makam purba dan melawat pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di Sungai Nil untuk mendapatkan petunjuk mengenai rekabentuk sebenar kapal ini.

Selepas lebih satu dekad lamanya, kapal ini akhir berjaya disiapkan. Lebih menarik, kapal yang berukuran 143 kaki panjang dan 19. 6 kaki lebar tidak memerlukan sebarang paku untuk disiapkan. Begitulah uniknya rekabentuk kapal orang dahulu.

Malah, dikatakan kapal yang sudah siap itu sudah cukup sempurna dan boleh berlayar bebas di Sungai Nil tanpa sebarang masalah. Kapal Khufu ini kini diletakkan di sebuah muzium bot berdekatan piramid Giza untuk tatapan orang ramai.

Misteri dan teori kapal Khufu

kapal khufu

Kebanyakan pakar percaya bahawa kapal itu dibina untuk Firaun Khufu dan  membawa Firaun ke dalam kehidupan akhirat. Teori ini disokong dengan pendapat ramai sejarawan yang umumnya bersetuju bahawa Firaun Khufu lah mengarahkan pembinaan Piramid Besar Giza yang salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.

Dikenali dalam dunia Yunani sebagai Cheops, Khufu adalah firaun kedua Dinasti Keempat dan memerintah lebih dari 2,500 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan.

Anda juga yang membuat spekulasi bahawa kapal itu merupakan rahsia pembinaan Piramid. Mengikut pendapat ini, kapal asimetri ini direka untuk digunakan sebagai kren terapung yang mampu mengangkat blok batu besar.

kapal khufu 597

Kesan calar dan sedikit kerosakan pada kapal Khufu ini memberi idea bahawa bot itu bukan sekadar simbol keagamaan. Kapal Khufu direka sama dengan tongkang milik tuhan Matahari Ra'a (mengikut kepercayaan orang dahulu) yang dikenali sebagai Atet.

Kredit:

  1. Mirror UK
  2. Wikipedia
  3. The Independent
  4. Express News



Hakcipta iluminasi.com (2017)