Kredit foto: Beautifulnara & kualalumpurpost.net
Aktres sensasi Fathia Latiff sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil dengan komen balas yang 'janggal' kepada tweet aktor kacak Remy Ishak.
Awalnya, Remy menerusi laman Twitter mengajukan soalan kepada para peminatnya yang berbunyi:
"Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan?"
Kredit foto: Twitter Remy Ishak
Rata-rata peminat memberi respon positif terhadap entri Remy yang dikemaskini kira-kira jam 9 pagi semalam.
Namun, apa yang menarik perhatian apabila Fathia tampil dengan komen balas yang membuatkan rata-rata netizen terkedu.
"Saya akan tenung sahaja muka awak sampai tertidur," tulis Fathia dalam tweet sekitar 7 petang semalam.
Kredit foto: Twitter Fathia Latiff
Para pengguna laman mikro itu terkejut kerana umum mengetahui, Remy sudah bergelar tunangan orang.
Antara yang memberi respon termasuk bekas kekasih Remy, aktres Tiz Zaqyah yang menulis "Uish".
Sementara itu, sesetengah peminat meminta pelakon itu untuk 'move on' daripada kisah silamnya.
"Tunang orang tu," tulis @baniey_arbi90.
"Dah boleh 'move on' lah Fathia," nasihat @Izshaziera.
Kredit foto: Astro Gempak
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memahami komen Fathia hanyalah sekadar jenaka memandangkan dia dikenali sebagai selebriti wanita yang nakal.
Kredit foto: Instagram Fathia Latiff
Menerusi tinjauan kami di laman Instagram Remy mendapati aktor itu sedang menikmati percutian di New Zealand selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Bangka Belitung, Indonesia sejak awal November lalu.
Sumber berita: Astro Gempak