Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly & Beautifulnara
Seorang pengguna Twitter mendakwa aktres Fathia Latiff baru-baru ini telah menulis komen meminta Iqram Dinzly membunuh diri.
Dikatakan, komen Fathia itu diutarakan ketika Iqram sedang merakam video Instagram Secara Langsung.
"Tak ada babak bunuh diri ke?
"Alang-alang.
"Pergi bunuh diri," komen Fathia.
Kredit foto: Beautifulnara
Dalam pada itu, netizen menerusi laman Twitter melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan dikeluarkan pelakon Menanti Februari itu.
Kredit foto: Beautifulnara
Sebelum ini, aktres kontroversi tersebut sering tampil dengan kenyataan berbaur provokatif di media sosial, berkaitan industri hiburan, isu semasa dan politik.
Beliau pernah dikaitkan dengan beberapa isu hangat dan antara yang menjadi sebutan termasuk aksi rakaman Bigo Live yang memperlihatkannya menari dengan gaya seksi.
Sumber berita: Beautifulnara