Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Instagram Fathia Latiff
Kelantangan aktres Fathia Latiff meninggalkan komen berbaur provokasi kepada Iqram Dinzly ketika aktor itu tampil dalam video Instagram Secara Langsung telah menarik perhatian penyanyi Hafiz Hamidun untuk menyuarakan pendapatnya.
Respon Hafiz, 34, menerusi laman Twitter:
"Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran."
Tambah Hafiz, kata-kata aktres itu akan membawa masalah lebih berat sekiranya kejadian bunuh diri benar-benar berlaku kerana umum sedia maklum dengan masalah tekanan yang dihadapi Iqram selepas kematian bapanya.
"Bagaimana jika orang yang kau suruh bunuh diri itu sentap dan betul-betuk bunuh diri. Kau gembira? Puas?" tulis Hafiz.
Dalam masa sama, Hafiz meminta Fathia menggunakan akal fikiran sebelum melontarkan kata-kata.
"Akal kat mana? Nafsu kat mana?" tanyanya.
Terdahulu, Fathia yang kini melancong di Berlin, Jerman, mencetuskan sensasi apabila meninggalkan empat komen panas di Instagram Live Iqram Dinzly, berbunyi "pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada babak bunuh diri ke?” dan “alang-alang”.
Berang dengan insiden itu, Iqram menempelak aktres jelita itu ketika ditemubual media.
Kredit foto: Twitter Hafiz Hamidun