Sedar atau tidak, sebenarnya hubungan antara setiap bapa dan anak perempuan adalah unik. Baik atau buruk, hubungan ini tetap akan sentiasa ada.
Apa yang menarik perhatian ahli psikologi ialah bagaimana semua bapa memberikan impak kepada pendidikan anak perempuan sama ada hadir atau tidak hadir dalam kehidupan anak mereka.
Keibubapaan melibatkan kelakuan, mekanisme, dan fikiran yang berkembang secara tidak sedar pada kanak-kanak ketika mereka membesar menjadi dewasa.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan akhirnya, mereka akhirnya ia akan memberikan kesan terhadap keputusan kompleks iaitu dalam memilih pasangan.
Seperti kebanyakan anak perempuan, anda mungkin tertanya-tanya pada satu ketika dalam hidup anda bagaimana ayah anda telah mempengaruhi hubungan anda dengan lelaki.
Apakah kesannya terhadap jenis lelaki yang anda pilih setakat ini, kualiti hubungan itu, keputusan seksual anda dan apakah perkahwinan anda mungkin berakhir dengan perceraian?
Dalam buku beliau yang berjudul "Between Fathers & Daughters: Strengthening & Rebuilding Relationships", ahli psikologi Linda Nielsen berkongsi nilai kehadiran ayah dalam kehidupan seorang anak.
Linda cuba untuk menunjukkan bagaimana ibu bapa mempengaruhi keputusan anak perempuan mereka dalam hal-hal seperti kerjaya, cita rasa peribadi dan prestasi akademik.
Berita baiknya adalah bahawa anak perempuan yang membesar dengan hubungan berkasih sayang, disokong dan berkomunikasi dengan ayah mereka seolah-olah mendapat kesan yang baikĀ dalam kehidupan romantis mereka.
Sebagai remaja, anak-anak perempuan bertuah ini berkemungkinan untuk kurang melakukan hubungan intim pada usia muda atau mempunyai hubungan intim dengan beberapa lelaki yang berbeza.
Ini bermakna mereka kurang berkemungkinan mengidap penyakit atau hamil. Sebagai orang dewasa muda, mereka mempunyai keyakinan diri untuk mengatakan "tidak" kepada sebarang tingkah laku seksual yang membuat mereka berasa tidak selesa.
Mereka cenderung untuk menjadi lebih yakin di sekeliling lelaki dan tidak akan membiarkan sesiapa mengambil kesempatan terhadap usia muda mereka.
Dan mereka kurang berkemungkinan mempunyai hubungan intim dengan lelaki yang mereka tidak kenal atau bersetubuh di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Secara ringkasnya, anak-anak perempuan yang mendapat kasih sayang ayah ini tidak menggunakan hubungan intim sebagai cara membeli cinta dan perhatian.
Selain itu, anak-anak perempuan yang mempunyai hubungan yang sihat dengan bapa mereka mempunyai hubungan yang lebih memuaskan dengan teman lelaki atau suami mereka.
Hubungan mereka lebih emosi dan lebih selamat.
Dengan lelaki dalam kehidupan mereka, anak-anak perempuan ini dapat menyatakan pendapat mereka dengan jujur, menegaskan diri mereka tanpa agresif dan bertegas dengan pendirian mereka tanpa takut ditolak.
Sebaliknya, anak perempuan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bapa mereka ketika membesar cenderung mempunyai hubungan yang lebih bermasalah dengan lelaki.
Tidak menghairankan, mereka lebih cenderung untuk bercerai berbandin anak perempuan yang mempunyai hubungan sihat dengan ayah.
Mereka sama ada terlalu ketakutan atau terlalu agresif dalam meminta apa yang mereka perlukan atau ketika cuba menyelesaikan masalah.
Mereka juga sama ada terlalu menjangkakan terlalu tinggi atau terlalu rendah terhadap pasangan mereka.
Seseorang yang tidak berasa disayangi atau dicintai oleh ayahnya sendiri mungkin mengharapkan lelaki memberikan perhatian, persetujuan dan pemujaan yang tidak berkesudahan.
Ia boleh dijelaskan dengan lebih mudah menggunakan metafora. Sebagai contoh, anda pergi ke kedai runcit untuk membeli sesuatu.
Jika anda masuk ke dalam kedai runcit dalam keadaan lapar, kemungkinan besar anda akan membeli makanan ringan di mana anda terburu-buru dan tidak mempunyai senarai makanan sihat untuk dibeli.
Dalam cara yang sama, anak perempuan yang tidak mempunyai hubungan sihat dengan bapa mereka mungkin mengalami "father hunger".
Dan apabila mereka membeli makanan (mencari pasangan lelaki) , mereka cenderung untuk memilih yang "tidak sihat".
Rujukan: