Sekali lagi Malaysia dilanda kontroversi berikutan cadangan pelantikan Tommy Thomas oleh kerajaan Pakatan Harapan sebagai Peguam Negara. Ramai netizen termasuk mereka yang pakar dalam bidang ini yang menyokong dan juga menentang.
Setelah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V, kini Tommy bakal mengambil alih tugas Peguam Negara yang sebelum ini dipegang oleh Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali.
BESARKAN TEKS A- A+
Di sebalik kritikan dan sokongan, ramai yang masih tak mengenali siapakah gerangan Tommy Thomas, dan iluminasi.com ingin berkongsi serba sedikit mengenai individu ini.
Kehidupan awal Tommy Thomas
Tommy Thomas dilahirkan pada tahun 1952 di Kuala lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Jalan Pasar dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Minat dalam bidang undang-undang, Tommy menyambung pelajarakan di Universiti Manchester dan mendapat segulung ijazah pada tahun 1973.
Pada tahun 1974, Tommy menjadi peguam (barrister - bidang kuasa undang-undang biasa) di Middle Temple, England yang mana kemudiannya menyambungkan pelajaran di London School of Economics dalam Hubungan Antarabangsa dan memperoleh Sarjana Sains pada tahun 1975.
Karier dalam bidang undang-undang
Tommy menyertai Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1976 dan memulakan kerjayanya di Skrine & Co sebagai rakan kongsi pada tahun 1982. Antara perkhidmatan beliau dalam bidang undang-undang termasuklah:
- Berkhidmat di Majlis Peguam Malaysia dari tahun 1984 hingga 1988 dan dari 1993 hingga 2001.
- Editor penerbitan Majlis Peguam (Insaf) dari tahun 1985 hingga 1987.
- Ahli Jawatankuasa Peninjauan Bar (Tatatertib Tatatertib) di bawah Pengerusi Tun Hussein Onn, dan menulis laporannya pada tahun 1986
- Setiausaha Majlis Peguam dari tahun 1995 hingga 1997
- Menubuhkan firma undang-undang menguruskan hal-hal ligitatif pada tahun 2000
- Pengarah Institut Tadbir Korporat Malaysia dari 1995 hingga 2001
Berikutan krisis kewangan dan ekonomi yang melanda Malaysia dan negara Asian yang lain pada tahun 1997, beliau telah dilantik oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNDP) sebagai Perunding Kanan pada tahun 2000 bagi memimpin Inisiatif Tadbir Urus Korporat bagi negara-negara yang terjejas oleh krisis ini.
Pada tahun 2002, penerbitan Laporan Tadbir Urus Korporat UNDP di Asia iaitu "Pengajaran daripada Krisis Kewangan" yang disunting oleh Tommy telah mengenalpasti hutang korporat sebagai penyebab utama krisis tersebut.
Pengalaman dan rekod kecemerlangan undang-undang
Tommy merupakan seorang pengamal undang-undang yang sangat berpengalaman yang berkecimpung dalam bidang ini selama lebih daripada 40 tahun.
Beliau mendapat keistimewaan sebagai penasihat dalam landmark cases (kes mahkamah yang dikaji kerana ia mempunyai kepentingan sejarah dan undang-undang) di pelbagai cabang undang-undang di semua mahkamah Malaysia termasuklah Privy Council di London yang merupakan mahkamah tertinggi Malaysia sehingga tahun 1985.
Tommy juga telah bertanggungjawab kepada lebih daripada 150 kes dan juga kes-kes yang tidak dilaporkan dengan jumlah yang tidak terkira banyakanya.
Beliau juga dipilih secara konsisten sebagai peguam terkemuka di Malaysia oleh penerbitan antarabangsa bebas seperti :
- The Asia Pacific Legal 500
- Which Lawyer
- Who's Who Legal (The International Who’s Who of Business Lawyers)
- Commercial Litigation Lawyers Asia
- Chambers Asia
Dalam bidang korporat, Tommy terlibat dalam kes-kes berkaitan syarikat, pembubaran, penerimaan dan insolvensi. Dalam bidang komersial pula, beliau terlibat dalam kes berkaitan perbankan, sewa beli, kontrak, harta intelek, penjualan barang, wasiat, amanah dan undang-undang tanah.
Tak cukup dengan itu, Tommy juga sangat aktif dalam pertikaian tafsiran berkanun melibatkan petroleum, pengurusan aset, undang-undang keselamatan dan juga kerajaan tempatan.
Tommy telah terlibat dalam kes melibatkan dua Kerajaan Negeri berhubung dengan tuntutan minyak dan gas dari luar pantai mereka. Beliau juga menguruskan kes melibatkan dua lagi Kerajaan Negeri yang lain dalam pertikaian ulasan perlembagaan dan kehakiman.
Beliau mewakili pihak berkuasa pengawalseliaan sebagai peguam utama dalam perkara litigasi sivil yang rumit di mahkamah tinggi. Sebagai peguam berpengalaman, beliau sering dirujuk oleh firma undang-undang lain dan diberi kepercayaan untuk melantik peguam kanan dalam kes-kes mereka.
Tommy juga sering muncul sebagai peguam utama bagi Bar Malaysia dalam kes-kes yang rumit dan sangat kontroversi, termasuklah kes MH370 dan Chin Peng.
Tommy menganggap dirinya sebagai ahli sains sosial yang mempunyai miant dalam ekonomi, politik dan sejarah. Beliau menulis dan membentangkan kertas-kertas dalam subjek berkenaan di pelbagai forum. Tommy juga telah menerbitkan 2 buku mengenai subjek ini iaitu
Tommy menganggap dirinya sebagai ahli sains sosial, mempunyai kepentingan yang kekal dalam bidang ekonomi, politik dan sejarah. Beliau telah menulis banyak kertas dan kertas mengenai subjek-subjek ini di pelbagai forum. Beliau telah menerbitkan 2 buku esai mengenai subjek ini iaitu:
- Anything But the Law - berkenaan politik dan ekonomi
- Abuse of Power - berkenaan undang-undang dan perlembagaan
Rujukan:
1. Dreshare
2. Anilnetto
3. Tommy Thomas