negara asia paling gembira

World Happiness Report merupakan satu kaji selidik yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selang beberapa tahun sekali, bagi mengkaji tahap kegembiraan rakyat di 155 buah negara. Bagi laporan tahun 2017, PBB melakukan penyelidikan selama 2 tahun daripada 2014 hingga 2016 dengan pembentangan dilakukan pada tahun 2017.

Berdasarkan kaji selidik tersebut, dapatlah orang ramai mengenal pasti negara mana yang mempunyai rakyat paling gembira di Asia Tenggara. Apakah negara itu?

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Jepun (51)

rakyat jepun gembira memakai pakaian sama

Sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia, agak mengejutkan Jepun berada di bawah Malaysia pada indeks kebahagiaan penduduknya. Apatah lagi dengan pendapatan tinggi, budaya unik Jepun dan bermacam lagi perkara yang digemari orang Malaysia sendiri, Jepun tewas dengan Malaysia. Entah di mana silapnya.

Salah satu sebabnya dikatakan masyarakat Jepun gagal membentuk keseimbangan waktu kerja dan waktu berehat yang baik. Masyarakat Jepun juga dikategorikan sebagai masyarakat tua. Masalah paling ketara adalah persepsi masyarakat Jepun yang negatif dengan sebarang langkah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

4. Malaysia (42)

rakyat malaysia terima br1m

Kita sudah tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mempertingkat kualiti hidup orang ramai. Banyak pihak gembira dengan inisiatif kerajaan memperkenalkan skim BR1M serta penambah baikan kepada fasiliti dan kebebasan bersuara, menjadikan Malaysia negara ke empat paling gembira di Asia. Walaupun begitu, tak dapat dinafikan masih banyak perkara yang perlu ditambah baik. Apa pun, Malaysia sedang berada di landasan yang tepat.

3. Taiwan (33)

rakyat taiwan gembira

Taiwan menjadi negara nombor 1 paling gembira di Asia Timur berbanding jirannya. Mempunyai purata pendapatan antara yang tertinggi di Asia, kerajaan Taiwan memperkenalkan beberapa langkah yang dianggap positif bagi mempertingkatkan kadar ekonomi mereka sebagai negara pengeksport yang banyak bergantung dengan rakan dagangan luar. Pelan 8 tahun mereka bagi merangsang ekonomi dikatakan mampu mengekalkan Taiwan sebagai rakan dagang penting Amerika Syarikat.

2. Thailand (32)

kanak kanak thailand

Negara jiran kita ini menduduki tangga kedua di Asia walaupun mempunyai kadar purata pendapatan yang agak rendah berbanding negara-negara lain, termasuklah Malaysia. Dengan usaha kerajaan Thailand untuk memperbaiki taraf ekonomi golongan bawahan serta visi 20 tahun mereka bagi memacu Thailand ke arah yang lebih baik, rakyat Thailand memberikan maklum balas yang baik terhadap usaha-usaha ini.

1. Singapura (26)

rakyat singapura selfie

Singapura menjadi antara negara yang mencapai keseimbangan dalam sumber pendapatan purata per kapita dengan tahap kegembiraan rakyat mereka. Mendapat tempat ke 26 dalam senarai semua negara, rakyat Singapura juga dilaporkan mempunyai rakyat paling sihat di kalangan semua negara Asia.


4 negara Asia lain yang turut sama tersenarai adalah Hong Kong, yang mempunyai purata pendapatan kedua tertinggi di antara semua negara yang disenaraikan ini pada kedudukan ke 71, Filipina pada kedudukan ke 72, China pada tempat 79 dan Indonesia yang menduduki tempat ke 81 daripada 155 negara.

Hasil dapatan membuktikan tidak banyak negara yang dapat menyeimbangkan keperluan kewangan dan kegembiraan rakyat, dengan banyak negara kaya seperti Qatar (35). Bahrain (41), Turki (57) serta Korea Selatan (56) mempunyai kadar purata pendapatan tinggi tetapi mempunyai penduduk yang tidak gembira.

Jadi, jelaslah - wang bukan segala-galanya dalam hidup, kan?

Rujukan

World Happiness Report




Hakcipta iluminasi.com (2017)