Disebabkan Pilihan Raya Umum diadakan setiap 5 tahun di Malaysia, ramai di antara kita yang kadang-kadang terlupa panduan dan cara-cara untuk mengundi.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bakal mengundi buat kali pertama, anda seharusnya tahu perkara-perkara ini supaya proses membuang undi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca peraturan dan tatacara membuang undi, termasuk dengan soalan-soalan lazim yang biasa ditanyakan menjelang hari penting tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semak daftar pemilih

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum 7

Sebelum sampai hari mengundi, para pengundi harus terlebih dahulu menyemak daftar pemilih. Semak maklumat anda supaya tiada kesalahan dan pastikan anda tahu di mana tempat membuang undi.

Waktu mengundi

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum 8

Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR.

Tempat mengundi dengan beberapa saluran

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum 0

Pusat Mengundi (sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya , khemah atau sebagainya) mempunyai beberapa saluran tempat mengundi untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut.

Setiap satu saluran tempat mengundi, SPR menetapkan tidak lebih daripada 700 nama pengundi. Dengan cara ini, masalah kesesakan di sesuatu saluran dapat dikawal dan para pengundi tidak perlu menunggu lama untuk membuang undi.

Dokumen yang perlu dibawa ketika mengundi

panduan dan cara mengundi pilihan raya umum 2 705

Dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan sama ada My Kad atau kad pengenalan lama. Jika kad pengenalan anda hilang, anda boleh pemilih boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :

  1. Pasport Malaysia Terhad
  2. Pasport Malaysia
  3. Lesen Memandu yang bergambar
  4. Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.

Mengundi bagi pihak orang lain

Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengundi bagi pihak orang lain. Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan pengundi cacat penglihatan, pengundi perlu ditemani oleh seorang yang dipercayai oleh pengundi untuk membantunya untuk memangkah kertas undi dengan syarat orang itu perlu mengisi Borang 10 terlebih dahulu.

Kertas undi

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum

Perkara pertama yang perlu dipastikan oleh pengundi adalah kertas undi mereka dicap atau ditindik dengan tanda rasmi SPR.

Sekiranya kedua-dua perkara ini tidak berlaku, pengundi perlu memastikan kertas undinya ditanda tangani Ketua Tempat Mengundi di bahagian atas sebelah kiri kertas undi.

Pastikan anda mendapat kertas undi yang bersih tanpa sebarang tanda seperti dakwat pen dan sebagainya. Jika anda mendapat kertas undi sedemikian, beritahu pegawai bertugas supaya ia ditukarkan kepada yang baru.

Kertas undi yang mempunyai tanda selain daripada tanda pangkah undian anda akan menyebabkan undi anda dianggap sebagai undi rosak. Kertas undi yang diterima juga harus mempunyai nombor siri. 

Kertas mengundi tidak boleh dibawa keluar dari bilik mengundi, dan boleh didakwa dibawah Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang boleh dipenjarakan sehingga 3 tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika didapati bersalah. 

Cara mengundi

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum 6

Penandaan kertas undi biasanya dilakukan dengan cara memangkah (X). Sebenarnya, kertas undi yang ditanda dengan tanda-tanda lain juga masih diterima mengikut syarat dan panduan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR).

Tanda ini perlu berada betul-betul dalam kotak dan tidak melepasi sempadan sehingga melangkau masuk ke ruang calon yang lain. Ini bermaksud tanda pangkah itu tidak sepatutnya melangkau masuk ke ruang memangkah, ruang logo ataupun ruang nama calon pada kertas undi. 

Dalam hal ini SPR menegaskan bahawa kaedah yang betul untuk penandaan pada kertas undi adalah tanda pangkah `X’ di dalam salah satu petak mana-mana Calon yang dipilih oleh pengundi pada kertas undi berkenaan.

Walaupun tanda-tanda lain masih diterima, namun ianya bergantung kepada pertimbangan oleh Ketua Tempat Mengundi yang akan memutuskan sama ada penandaan itu dalam kategori undi diterima, undi ragu atau undi ditolak.

Bagi kemudahan pengundi, poster panduan cara penandaan kertas undi dengan betul turut dipaparkan pada setiap Petak Undi bagi memberi panduan kepada pengundi.

Undi ragu

Sekiranya pengundi menanda kertas undi menggunakan apa-apa tanda selain tanda pangkah, undi mereka akan dimasukkan dalam kategori undi ragu sewaktu proses pengiraan undi. Proses ini akan turut disaksikan dan dipantau ejen mengira undi pihak-pihak yang bertanding.

Situasi undi ragu juga boleh berlaku jika pengundi menanda pangkah atau apa-apa tanda selain pangkah pada ruang logo atau ruang nama calon yang bertanding dan bukannya pada ruang memangkah yang disediakan.

Contoh-contoh undi ragu yang diterima:

contoh undi ragu yang diterima

contoh undi ragu yang diterima 894

contoh undi ragu yang diterima 585

contoh undi ragu yang diterima 716

contoh undi ragu yang diterima 177

contoh undi ragu yang diterima 75

contoh undi ragu yang diterima 201

contoh undi ragu yang diterima 244

contoh undi ragu yang diterima 459

Status undi ragu tidak akan menyebabkan kertas undi ditolak secara automatik. Sebaliknya ia akan dinilai semula oleh petugas pilihan raya seperti Ketua Tempat Mengundi (KTM) atau jika perlu, oleh Pegawai Pengurus atau Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat mereka ditugaskan.

Tetapi ini tidak bermaksud pengundi boleh sewenang-wenangnya menggunakan sebarang tanda sesuka hati mereka untuk mengundi.

Undi rosak

Antara kesalahan yang menyebabkan undi ditolak adalah menanda undi kepada lebih daripada satu calon, tanda undi yang melangkaui ruang calon yang lain serta membuat tanda di luar ruang nama calon, ruang simbol atau ruang untuk memangkah.

Pengundi juga dilarang membuat sebarang tanda atau catatan yang membolehkan dirinya dikenali melalui tanda atau catatan itu seperti menulis nama, nombor telefon atau nama samaran. Melukis, menulis perkataan atau apa-apa selain tanda undi di atas kertas undi juga dilarang.

Contoh-contoh undi rosak:

contoh undi rosak 1

contoh undi rosak 2

contoh undi rosak 3

contoh undi rosak 4

contoh undi rosak 5

contoh undi rosak 6

contoh undi rosak 7

Janganlah anda sesekali melakukan undi rosak kerana ia hanya merugikan anda, negara dan juga rakyat-rakyat yang lain. Jadilah seorang warganegara yang bertanggungjawab dan lakukan tanggungjawab anda dengan baik.

7 langkah pengundian

peraturan dan cara mengundi pilihanraya umum 3

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
  7. Keluar segera dari tempat Mengundi.

Jom ramai-ramai kita turun mengundi! 

Rujukan:

1. SPR

2. Maukerja

3. Mysumber

4. Sebenarnya




Hakcipta iluminasi.com (2017)