Oleh pada 28 Feb 2018 kategori

pilihan raya pelik di seluruh dunia

Bersempena dengan musim pilihan raya yang akan menjelma tidak lama lagi, kami ingin kongsikan beberapa fakta menarik dari seluruh dunia tentang bagaimana rakyat negara lain menjalani proses pengundian di negara masing-masing.

1. Di kebanyakan negara, hari mengundi diadakan pada hari Ahad

fakta menarik pilihan raya mengundi

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebiasaannya di Amerika Syarikat, hari mengundi jatuh pada hari Selasa. Namun demikian, majoriti negara di seluruh dunia memilih hari Ahad untuk mengadakan hari mengundi. Akan tetapi, yang paling menarik, negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pula memilih untuk tidak mengundi pada hari Ahad. Di Kanada misalnya, hari mengundi dibuat pada hari Isnin, manakala kerajaan Britain pula memilih hari Khamis sementara Australia dan New Zealand pula lebih suka dengan hari Sabtu.

2. Pilihan raya di India boleh makan masa berminggu-minggu

fakta menarik pilihan raya mengundi spr 2

Seperti yang kita sedia maklum, negara India sangat besar dan mempunyai lebih 800 juta pengundi yang layak, menjadikannya negara demokrasi terbesar di dunia. Bagi memenuhi keperluan yang besar itu, kerajaan India memerlukan masa berminggu-minggu bahkan adakalanya berbulan lamanya dari permulaan musim sehingga selesai. Pada hari mengundi tahun 2014 di mana 543 ahli parlimen bertanding, proses pengundian berlangsung selama 9 hari berbeza sepanjang tempoh 5 minggu.

3. Pengundi di Sweden dan Perancis didaftarkan secara automatik

fakta menarik pilihan raya mengundi spr 3

Para pengundi di Sweden dan Perancis tidak perlu risau mencari masa untuk mendaftar sebagai pengundi kerana setiap rakyat telah didaftarkan secara automatik oleh kerajaan. Di Perancis, seorang pengundi didaftarkan apabila mencecah umur 18 tahun manakala di Sweden pula rakyat akan menjadi pengundi sah secara automatik sebaik sahaja mereka menjadi pembayar cukai.

4. Mengundi adalah satu kewajipan di Australia

fakta menarik pilihan raya mengundi 4

Setiap warga Australia yang berumur 18 tahun ke atas diwajibkan dari segi undang-undang untuk menjadi pengundi dan keluar mengundi. Sesiapa yang tidak hadir pada hari mengundi akan didenda sebanyak AU$20 (RM61.50). Jika gagal membayar saman tersebut, mereka boleh menerima denda yang lebih besar sehingga AU$180 (RM553.00) dan boleh disabitkan atas kesalahan jenayah.

5. Anak-anak seawal usia 16 tahun sudah boleh mengundi di Brazil

fakta menarik pilihan raya mengundi 5

Sejak tahun 1988, rakyat Brazil mempunyai hak untuk mengundi sebaik sahaja mereka mencapai usia 16 tahun. Had umur 16 dan 17 tahun juga digunakan di negara seperti Austria, Nicaragua dan Argentina. Manakala remaja berusia 17 tahun dibolehkan mengundi di Indonesia dan Sudan. Sesetengah kawasan di Jerman sudah mula menetapkan had umur 16 tahun dan pada 2014, untuk pertama kalinya Scotland juga membenarkan remaja berusia 16 dan 17 untuk keluar mengundi. Inisiatif ini dibuat bagi memberi pendedahan kepada pengundi muda untuk lebih terlibat dalam proses demokrasi negara.

6. Di Estonia, anda boleh mengundi secara dalam talian

fakta menarik pilihan raya mengundi 6

Sejak 2005, rakyat Estonia tidak lagi perlu beratur panjang untuk membuang undi. Walaupun mengundi secara manual adalah lebih popular, namun kajian pada 2015 menunjukkan lebih dari 30% orang mengundi secara online. Sistem pengundian dalam talian ini berfungsi dengan lebih lancar kerana setiap rakyat diberi ID dan nombor PIN masing-masing. Log masuk hanya boleh digunakan oleh individu itu sendiri sahaja dan boleh juga digunakan untuk membayar cukai atau denda.

7. Pengundi yang keluar mengundi di Amerika Syarikat antara yang terendah berbanding negara maju yang lain

fakta menarik pilihan raya mengundi 6

Menurut satu laporan pada 2016 mengenai pengundi keluar mengundi bagi negara-negara maju, Amerika Syarikat mempunyai serendah 53.6% pengundi yang hadir menjalankan kewajipan mengundi. Sebagai perbandingan, Belgium mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai keluar mengundi iaitu sebanyak 87.2% pada tahun 2014.

8. Di Chile, lelaki dan wanita membuang undi secara berasingan sehingga 2012

fakta menarik pilihan raya mengundi 7

Bermula dari 1930, apabila wanita dibenarkan mengundi di pilihan raya kecil di Chile, rakyat lelaki dan wanita telah ditetapkan untuk mengundi di pusat pengundian yang berbeza. Ini disebabkan orang wanitdi sana a masih tidak dibenarkan untuk mengundi di pilihan raya besar. Menjelang 2012, kerajaan telah menetapkan pusat mengundi mengikut jantina tidak perlu diteruskan lagi namun proses pengundian secara berasingan masih dipraktikkan.

9. Langkah kreatif bagi negara yang mempunyai pengundi buta huruf

fakta menarik pilihan raya mengundi 8

Di Gambia, rakyatnya yang majoriti buta huruf mengundi menggunakan guli yang dimasukkan ke dalam tong besi mengikut warna dan gambar calon. Apabila undi guli dibuang ke dalam tong besi, ia akan menghasilkan bunyi 'ding'. Jika berbunyi lebih dari sekali maka undi akan dikira rosak.

10. Angkasawan juga boleh mengundi

fakta menarik pilihan raya mengundi 10

Angkasawan Amerika Syarikat yang berada jauh dari bumi juga dibenarkan mengundi sejak tahun 1997 apabila undang - undang Texas membenarkannya dan menghantar kotak undi untuk angkawasan yang berada di angkasa lepas. Apabila selesai mengundi menggunakan kertas undi yang dihantar menggunakan e-mel, ia akan dihantar kembali ke bumi. Para petugas kemudian menyahkodkan kotak undi untuk mengira undi para angkasawan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)