Kebanyakkan negara di dunia mengamalkan pemakaian seragam untuk dikenakan para pelajar yang pergi ke sekolah. Termasuklah juga negara kita sepertimana yang kita ketahui, majoritinya berbaju putih dan seluar biru untuk sekolah rendah dan seluar hijau untuk sekolah menengah.

Namun begitu di negara lain pula mungkin berbeza seragamnya bergantung kepada budaya, cuaca dan peraturan. Cuma beberapa negara seperti Amerika Syarikat yang memberi kebebasan berpakaian dengan garis kod yang dibenarkan. Mari kita lihat beberapa negara yang mempunyai pakaian seragam yang agak unik dan menarik ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Johannesburg, Afrika Selatan

afrika selatan 853

Pakaian seragam untuk kanak-kanak sekolah rendah di Johannesburg, Afrika Selatan ini berwarna hijau dengan belang putih ini sama seperti warna bendera negara itu. Selain itu jaket dan topi berwarna hijau yang sama juga membuatkan kanak-kanak di dalam gambar ini kelihatan begitu comel sekali.

Shenzen, China 

shenzen china

Sebuah sekolah rendah di Shenzen, China ini menetapkan peraturan untuk para pelajarnya mengenakan pakaian seragam berwarna merah dan biru. Manakala seluar dan skirt mereka pula bercorak petak. Kelihatan di dalam gambar ini juga beg sekolah mereka juga berwarna sama dengan baju mereka. Kelihatan kanak-kanak ini begitu seragam sekali.

Jepun

jepun 316

Pakaian seragam sekolah di Jepun untuk pelajar wanita ini dinamakan "seifuku". Ia amat dikenali melalui banyak siri anime atau filem Jepun. Majoriti pelajar wanita di sana diharuskan memakai baju seragam putih dengan skaf di leher dan blaus berwarna biru air laut. Kasut tumit rendah dan sarung kaki putih paras lutut adalah diwajibkan.

United Kingdom

uk uniform

Pakaian seragam sekolah di United Kingdom ini mungkin merupakan salah satu di antara yang paling segak. United Kingdom juga mempunyai peraturan pemakaian seragam sekolah yang ketat. Majoriti sekolah mewajibkan pelajar memakai seragam yang diperbuat daripada fabrik berwarna biru (mungkin disebabkan warna fabrik yang paling murah). Sesetengah sekolah juga mewajibkan pelajar mereka memakai seluar panjang walaupun pada musim panas.

Cuba

sekolah rendah cuba

Negara yang terkenal dengan bekas pemimpinnya iaitu Fidel Castro ini mempunyai pakaian seragam yang agak comel. Seragam yang terdiri dari baju putih dan blaus berwarna ungu ini juga dilekapi dengan skaf yang diikat di leher. dengan pemegang blaus yang berbentu "H" dapa bahagian badan para pelajarnya.

Bhutan

bhutan 136

Pelajar sekolah di Bhutan diwajibkan memakai baju kebangsaan negara itu ketika waktu persekolahan. Pakaian kebangsaan yang dipanggil gho ini terdapat di dalam pelbagai warna dan corak namun mempunyai bentuk yang hampir sama. Seperti di dalam filem kung fu bukan? Bukan itu sahaja, pekerja kerajaan di sana juga diwajibkan untuk memakai pakaian kebangsaan Bhutan ini. 

Vietnam

vietnam  

Baju seragam sekolah di Vietnam pula sedikit berbeza dengan negara lainnya. Para pelajar wanita mereka mengenakan baju kebudayaan negara itu yang dipanggil Ao Dai. Baju yang kelihatan seperti gaun berwarna putih ini sangat cantik dikenakan oleh pelajar wanita di sana. Manakala pelajar lelakinya memakai kemeja putih dengan seluar hitam sepertimana kebanyakkan sekolah lain di Asia.

Somalia

somalia

Bagi pelajar di Somalia, yang majoritinya beragama Islam mereka diharuskan memakai seragam berwarna biru yang terdiri dari jubah dan tudung labuh. Ini menunjukkan adab yang sopan diterapkan sejak kecil lagi sesuai dengan tuntutan syariat islam yang mewajibkan para menganutnya untuk menutup aurat.

Ukraine

ukraine

Negara yang mempunyai ramai wanita cantik ini juga mempunyai pakaian seragam yang sangat cantik. Baju seragam ini yang diambil sempena baju kebangsaan negara itu membuatkan kanak-kanak sekolah di sana kelihatan seperti anak patung. Ditambah pula dengan riben atau bunga di kepala, uniform ini menjadi kegemaran saya di dalam semua senarai baju seragam sekolah yang dikongsikan bersama anda ini.

Russia

russia 480

Baju seragam sekolah di Russia ini juga kelihatan segak dan tidak kurang cantiknya berbanding negara lain. Dengan skaf merah dikenakan pada leher, riben bunga pada rambut dan vest biru bagi pelajar lelaki. Ini memdidik kanak-kanak untuk sentiasa kelihatan segak sejak dari kecil lagi.

Itu adalah sedikit sebanyak pakaian seragam sekolah yang unik dari seluruh dunia. Walaupun begitu pakaian seragam sekolah di Malaysia juga tidak kurang segaknya. Jadi kita sebagai rakyat negara ini patut berbangga dengan pakaian seragam sekolah kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)