Oleh pada 14 Feb 2018 kategori

Kredit foto: suara.tv & Instagram Altimet

Industri hiburan digemparkan dengan kisah pelakon sensasi, Iqram Dinzly yang dikhabarkan cuba menceroboh pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) ketika penyanyi rap, Altimet membuat persembahan.

Meskipun Iqram berjaya dihalang petugas acara, Altimet tetap menyelar tindakan beliau yang dianggapnya melampau.

"Kalau tak diundang naik pentas kau nak juga, siku kaki buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain siki," tulis Altimet di Twitter semalam.

Namun Iqram tidak berdiam diri sebaliknya menjawab semula 'ugutan' yang dilontarkan Altimet dengan memberi alasan persaudaraan sesama muslim.

"Sekiranya jamah buku lima der, hamba hidang 5 perkara sebelum 5 perkara der! Allah ada. Kita saudara sesama muslim kan? Maaf der," tulisnya di akaun Twitter pagi tadi.

nyaris ditumbuk altimet ini jawapan balas iqram dinzly 2

Kredit foto: Twitter Iqram Dinzly

Biarpun maksud komen balas Iqram itu kurang jelas, namun rata-rata netizen dilihat masih tidak berpuas hati dengan tindakannya dalam acara hiburan yang berlangsung pada Ahad lalu itu.

"Kau tak payah nak sebut nama Allah. Nak tutup perangai hodoh kau tu," ulas seorang pengguna Twitter.

Nama Iqram kembali menjadi perdebatan selepas beliau tampil secara mengejut di pentas AJL32 ketika Hael diumumkan sebagai juara pertandingan.

Malah Iqram yang menggayakan baju berwarna kuning turut menari bersama penonton di hadapan pentas sewaktu segmen Pop Yeh Yeh. 

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)