Oleh pada 16 Aug 2021 kategori

Nikola Tesla adalah seorang saintis yang cukup terkenal di zamannya. Lahir di kawasan yang kini terletak di wilayah Croatia, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi warganegara Amerika Syarikat dan mencipta nama sebagai seorang saintis terhebat sepanjang zaman.

Nikola Tesla belajar subjek kejuruteraan dan fizik pada tahun 1870-an tanpa mendapat sebarang ijazah, memperoleh pengalaman praktikal pada awal tahun 1880-an ketika bekerja dalam bidang perkhidmatan berkaitan telefon dan kemudiannya menimba ilmu dalam industri tenaga elektrik ketika bekerja di syarikat Continental Edison.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 1884 beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan bekerja untuk waktu yang singkat di Edison Machine Works di New York City sebelum beliau menubuhkan syaikatnya sendiri. Dengan bantuan rakan kongsi untuk membiayai dan memasarkan ideanya, beliau menubuhkan makmal dan syarikat di New York untuk membangunkan rangkaian produk berkaitan alat elektrik dan mekanikal ciptaannya.  

Motor induksi arus ulang-aliknya dan paten AC polifasa berkaitan yang dilesenkan oleh Westinghouse Electric pada tahun 1888 membolehkan beliau memperoleh sejumlah wang dan menjadi tonggak sistem polifasa yang akhirnya dipasarkan oleh syarikat itu.

Minat terhadap piramid

     

Nikola Tesla mati dengan kurang dihargai tetapi kemasyhuran dan mitos teori-teori yang diperkenalkannya terus berkembang pesat sehingga ke zaman kini. Beliau sekarang dianggap sebagai saintis yang paling hebat yang pada dasarnya membuat penemuan dan ciptaan yang membawa kepada penciptaan teknologi yang digunakan pada masa kini antaranya telefon pintar, wi-fi, sistem bekalan elektrik AC dan banyak lagi.

Selain idea yang ditemui dan dipatenkan olehnya, beliau juga mempunyai minat lain dalam bidang penyelidikan yang berbeza dan beberapa daripadanya dianggap yang cukup esoteris atau penuh mistik. Salah satu yang paling luar biasa adalah obsesinya dengan piramid Mesir, salah satu binaan manusia yang paling misteri.

Nikola Tesla percaya bahawa pembinaan piramid mempunyai tujuan yang lebih tinggi dan beliau berusaha menyiasatnya sepanjang hidupnya. Apa yang sangat menarik minatnya tentang piramid?

Beliau sering tertanya-tanya apakah piramid adalah pemancar tenaga raksasa - pemikiran yang bertepatan dengan penyiasatannya dan kajiannya mengenai cara menghantar tenaga secara tanpa wayar. 

Teori terhadap penciptaan piramid

menara tesla

Pada tahun 1905, Nikola Tesla mengemukakan paten di A.S. berjudul "The art of transmitting electrical energy through the natural medium" atau "Seni menghantar tenaga elektrik melalui medium semula jadi" yang menggariskan reka bentuk untuk rangkaian penghasilan tenaga di seluruh dunia yang akan memanfaatkan ionosfer untuk pengumpulan tenaga.

Beliau melihat planet Bumi itu sendiri dengan dua kutubnya sebagai penjana tenaga elektrik gergasi tanpa had. Konsep reka bentuk berbentuk segitiganya menjadi terkenal dan dikenali ramai sebagai piramid elektromagnetik Nikola Tesla.

Menurut Nikola Tesla, bukan hanya bentuk piramid Mesir tetapi lokasi binaan piramid itu sendiri yang memberikan mereka kuasa. Beliau membina kemudahan menara yang dikenali sebagai Tesla Experimental Station di Colorado Springs dan Wardenclyffe Tower atau Tesla Tower yang didakwa boleh memanfaatkan pancaran tenaga semulajadi Bumi ini.

Lokasi dipilih sesuai dengan hukum di mana Piramid Giza dibangun, terkait dengan hubungan antara orbit elips planet dan khatulistiwa. Reka bentuk menara yang dibangunkannya itu bertujuan untuk membangunkan teknologi penghantaran tenaga tanpa wayar.

Kepercayaann terhadap ilmu numerologi

ilmu numerologi

Aspek lain pemikiran Nikola Tesla dilaporkan berkaitan dengan kepercayaannya terhadap ilmu numerologi. Numerologi adalah kepercayaan pseudosains berkaitan hubungan mistik antara nombor dan satu atau lebih peristiwa yang terjadi di sekeliling kita. 

Mengikut kepercayaan ini, setiap nombor tertentu dikaitkan dengan sifat atau tema tertentu. Angka-angka ini digunakan untuk memberikan gambaran mengenai keperibadian, peristiwa masa depan dan bahkan tujuan hidup yang lebih besar. Walaupun terdapat sejarah panjang mengenai idea numerologi, perkataan "numerology" tidak dicatat dalam bahasa Inggeris sebelum 1907.

Nikola Tesla juga adalah individu luar biasa yang turut mempunyai obsesi dengan kepercayaan numerologi ini. Salah satu obsesi seperti itu adalah angka "3, 6, 9" yang menurutnya adalah kunci memahami alam semesta. Beliau akan mengelilingi bangunan sebanyak 3 kali sebelum masuk atau menginap di hotel dengan nombor yang dapat dibahagi dengan angka 3.

Beliau juge kerap membuat pilihan lain dalam kumpulan angka 3. Sesetengah pihak percaya obsesi Nikola Tesla dengan angka-angka ini turut berkait dengan obsesinya dengan bentuk piramid dan kepercayaan bahawa terdapat beberapa hukum dan nisbah matematik asas yang merupakan sebahagian daripada bahasa matematik umum.

Oleh kerana kita tidak tahu dengan tepat bagaimana piramid dibina dan mengapa rekabentuknya sebegitu rupa, ianya dipandang oleh beberap individu termasuk Nikola Tesla sebagai ciptaan yang mungkin menghasilkan tenaga atau berfungsi sebagai petunjuk yang sengaja dipasang atau bahkan kod daripada zaman peradaban kuno.

Kredit:

  1. Figshare
  2. Big Think
  3. Atlas Obscura



Hakcipta iluminasi.com (2017)